Monday 8 July 2013

Ramadhan tanpa tok ayah


Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan . Tak sabar nak berpuasa tahun ni . Semoga Ramadhan kali ni dapat menjadikan kita lebih kuat dan bersemangat untuk berpuasa dan menjalini kehidupan harian seperti biasa.
1 Ramadhan yang bakal tiba kelak , adalah Ramadhan yang pertama kami sekeluarga berpuasa tanpa seorang atuk . Atuk kami telah kembali ke rahmatullah beberapa hari sebelum ramadhan tiba.

27 Jun yang lalu, atuk kami atau tok ayah telah pergi buat selama-lamanya menghadap Illahi pada hari khamis seusai asar pada bulan Syaaban.. Kepergiannya sangat dirasai oleh kami sekeluarga terutamanya ayahku kerana tok ayah adalah ayahnya. Pada 19 atau 20hb Jun 2013, tok ayah telah dimasukkan ke I.C.U Kpj Ampang . Walaupun masuk ICU, tok ayah masih kuat . Selepas beberapa hari ditahan di ICU, tok ayah dipindahkan ke wad biasa. Alhamdulillah kesihatan tok ayah semakin pulih . Dapat berborak dengannya walaupun sekejap, gembira rasa hati . Begitulah rutin seharian kami sekeluarga berulang alik dari rumah ke hospital .

24 Jun 2013, tok ayah dibenarkan pulang dihospital . Alhamdulillah gembira dengar yang tok ayah dah pulih dan boleh balik rumah . Tapi, apakan daya, keesokkannya tok ayah dimasukkan semula ke hospital akibat masalah yang sama. Allah :'( . Terkejut dengan berita itu. Baru je keluar hospital, sehari selepas tu dimasukkan semula ke hospital dan ditahan di CCU.

26 Jun 2013, pagi itu kami dapat berita yang tok ayah dah kritikal . Hanya Allah saja yang tahu perasaan kami sekeluarga bila dapat berita seperti itu . Allah :'( Sedihnya tak dapat digambarkan . Sejurus aku sampai ke hospital, ahli keluarga sudah mula berkumpul dan Yassin sudah dibacakan . Sedih dan sebak aku lihat keadaan tok ayah . Rasa macam tak percaya yang tok ayah sudah kritikal. Rasa macam semalam baru berborak elok dengannya. Allah, Allah, Allah .

Aku pegang kakinya, Allahuakhbar, dah sejuk sangat . Perasaan sedih masa tu tak dapat digambarkan . Aku akan kehilangan seorang lagi ahli keluarga yang disayang . Tangannya juga sudah sejuk ketika itu . Apa yang kami mampu buat ketika itu, hanya mampu berdoa dan membacakan Yassin buatnya . :'(

Keesokkan harinya, entah kenapa hati aku terdetik untuk pulang awal dari kelas untuk ke hospital . Alhamdulillah nasib baik pensyarah aku bagi aku pulang awal . Sepanjang aku memandu dari kelas ke hospital, hati aku jadi tak tenang . Entah kenapa dengan aku hari tu.  Sebaik aku tiba dihospital, aku nak masuk untuk menziarahi tok ayah, tapi, masa tu anak buahku juga turut nak masuk . Budak kecil yang berusia 3 tahun tidak dibenarkan masuk .

Tetapi, Rayyan tetap nak masuk dan kami dihalang oleh guard. Walaupun dah diberitahu yang keadaan tok ayah kami sedang tenat, kami tetap dihalang . Dan rayyan tetap nak masuk . katanya, "Jomlah masuk. Nak tengok tok ayah " . Banyak kali rayyan ulang ayat ni . Allahuakhbar. Rayyan mungkin dapat rasa yang atuknya akan pergi tak lama lagi . Budak kecil yang tidak tahu apa-apa.  Beberapa minit selepas tu, mak saudara ku keluar dan panggil kami sekeluarga untuk masuk lihat tok ayah . Apakan daya kami, Allah itu lebih sayangkan tok ayah . Elok kami masuk wad, tok ayah dah pergi menghadap Illahi buat selama-lamanya . :'(

Hanya Allah yang tahu perasaan kami sekeluarga ketika itu . Sedih tak terhingga. Tapi kami redha dengan pemergiannya. Tok ayah kembali ke rahmatullah dibulan yang mulia iaitu bulan Syaaban, pada hari khamis seusai asar dan pemergiannya sangat tenang . Melihat jenazah buat kali terakhir semasa dihospital sebelum dibawa ke masjid untuk urusan jenazah dan pengebumian, muka arwah sangat tenang dan diberi peluang untuk ciumnya kali terkahir. Ya Allah, wanginya . Saat aku mencium arwah tok ayah, wangi sangat .

Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga dalam menguruskan jenazah tok ayah . Dari hospital sehinggalah ke liang lahad, Allah permudahkan segalanya . Kami sekeluarga redha dengan pemergiannya . Semoga rohnya dicucuri rahmatNya dan ditempat dalam golongan orang-orang yang beriman . Amin . Al-Fatihah .

Ramadhan kali ini dan pertama tanpa tok ayah . Kami dapat rasa kehilangan dan "kelainan" kerana tahun ni berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya . Semoga tok ayah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman ..

#Salam Ramadhan #Salam Al-Mubarrak .

No comments:

Post a Comment