Sunday, 14 July 2013

10 Wasiat Hassan al-Banna



  1. Dirikan solat apabila mendengar azan,walau dalam apa jua keadaan pada waktu itu.
  2. Bacalah al-Quran, pelajari tafsirnya, dengar bacaan orang lain atau zikir kepada Allah .
    Jangan gunakan sebahagian waktumu untuk hal yang tidak berfaedah .
  3. Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih kerana ia termasuk syiar Islam .
  4. Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan .
  5. jangan banyak ketawa kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
  6. Jangan suka berjenaka atau berolok-olok kerama umat berjuang tidak mengenal selain kesungguhan .
  7. Usah tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
  8. Jauhi menghina orang, mencela organisassi dan jangan berbicara kecuali bicara yang baik .
  9. Perkenalkan dirimu kepada orang yang kamu jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling mengenali .
  10. Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya .

    Jika kamu mempunyai urusan, maka selesaikanlah dalam waktu paling singkat . 

Antara Kelebihan Istigfar


  •  Allah akan melapangkan dirinya daripada segala kesusahan dan melepaskannya daripada segala tekanan,  malah akan dikurniakan rezeki tanpa mampu dikira banyaknya.
  • Sesiapa yang mengerjakan kejahatan atau menganiayai dirinya, kemudian dia memohon keampunan kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih .
  • Tuhan tidak akan memberikan seksaan selama beristigfar
  • Mendekatkan diri kepada Allah, mendapat keberkatan dan melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebaikan sama ada didunia ataupun di akhirat .
  • Dikurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang ditentukan .
  • Amalan istigfar yang dilakukan secara berterusan juga akan membersihkan hati yang penuh dengan kekotoran hawa nafsu dan secara tidak langsung mnyelesaikan kemelut hati dan kehidupan . 

Monday, 8 July 2013

Ramadhan tanpa tok ayah


Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan . Tak sabar nak berpuasa tahun ni . Semoga Ramadhan kali ni dapat menjadikan kita lebih kuat dan bersemangat untuk berpuasa dan menjalini kehidupan harian seperti biasa.
1 Ramadhan yang bakal tiba kelak , adalah Ramadhan yang pertama kami sekeluarga berpuasa tanpa seorang atuk . Atuk kami telah kembali ke rahmatullah beberapa hari sebelum ramadhan tiba.

27 Jun yang lalu, atuk kami atau tok ayah telah pergi buat selama-lamanya menghadap Illahi pada hari khamis seusai asar pada bulan Syaaban.. Kepergiannya sangat dirasai oleh kami sekeluarga terutamanya ayahku kerana tok ayah adalah ayahnya. Pada 19 atau 20hb Jun 2013, tok ayah telah dimasukkan ke I.C.U Kpj Ampang . Walaupun masuk ICU, tok ayah masih kuat . Selepas beberapa hari ditahan di ICU, tok ayah dipindahkan ke wad biasa. Alhamdulillah kesihatan tok ayah semakin pulih . Dapat berborak dengannya walaupun sekejap, gembira rasa hati . Begitulah rutin seharian kami sekeluarga berulang alik dari rumah ke hospital .

24 Jun 2013, tok ayah dibenarkan pulang dihospital . Alhamdulillah gembira dengar yang tok ayah dah pulih dan boleh balik rumah . Tapi, apakan daya, keesokkannya tok ayah dimasukkan semula ke hospital akibat masalah yang sama. Allah :'( . Terkejut dengan berita itu. Baru je keluar hospital, sehari selepas tu dimasukkan semula ke hospital dan ditahan di CCU.

26 Jun 2013, pagi itu kami dapat berita yang tok ayah dah kritikal . Hanya Allah saja yang tahu perasaan kami sekeluarga bila dapat berita seperti itu . Allah :'( Sedihnya tak dapat digambarkan . Sejurus aku sampai ke hospital, ahli keluarga sudah mula berkumpul dan Yassin sudah dibacakan . Sedih dan sebak aku lihat keadaan tok ayah . Rasa macam tak percaya yang tok ayah sudah kritikal. Rasa macam semalam baru berborak elok dengannya. Allah, Allah, Allah .

Aku pegang kakinya, Allahuakhbar, dah sejuk sangat . Perasaan sedih masa tu tak dapat digambarkan . Aku akan kehilangan seorang lagi ahli keluarga yang disayang . Tangannya juga sudah sejuk ketika itu . Apa yang kami mampu buat ketika itu, hanya mampu berdoa dan membacakan Yassin buatnya . :'(

Keesokkan harinya, entah kenapa hati aku terdetik untuk pulang awal dari kelas untuk ke hospital . Alhamdulillah nasib baik pensyarah aku bagi aku pulang awal . Sepanjang aku memandu dari kelas ke hospital, hati aku jadi tak tenang . Entah kenapa dengan aku hari tu.  Sebaik aku tiba dihospital, aku nak masuk untuk menziarahi tok ayah, tapi, masa tu anak buahku juga turut nak masuk . Budak kecil yang berusia 3 tahun tidak dibenarkan masuk .

Tetapi, Rayyan tetap nak masuk dan kami dihalang oleh guard. Walaupun dah diberitahu yang keadaan tok ayah kami sedang tenat, kami tetap dihalang . Dan rayyan tetap nak masuk . katanya, "Jomlah masuk. Nak tengok tok ayah " . Banyak kali rayyan ulang ayat ni . Allahuakhbar. Rayyan mungkin dapat rasa yang atuknya akan pergi tak lama lagi . Budak kecil yang tidak tahu apa-apa.  Beberapa minit selepas tu, mak saudara ku keluar dan panggil kami sekeluarga untuk masuk lihat tok ayah . Apakan daya kami, Allah itu lebih sayangkan tok ayah . Elok kami masuk wad, tok ayah dah pergi menghadap Illahi buat selama-lamanya . :'(

Hanya Allah yang tahu perasaan kami sekeluarga ketika itu . Sedih tak terhingga. Tapi kami redha dengan pemergiannya. Tok ayah kembali ke rahmatullah dibulan yang mulia iaitu bulan Syaaban, pada hari khamis seusai asar dan pemergiannya sangat tenang . Melihat jenazah buat kali terakhir semasa dihospital sebelum dibawa ke masjid untuk urusan jenazah dan pengebumian, muka arwah sangat tenang dan diberi peluang untuk ciumnya kali terkahir. Ya Allah, wanginya . Saat aku mencium arwah tok ayah, wangi sangat .

Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga dalam menguruskan jenazah tok ayah . Dari hospital sehinggalah ke liang lahad, Allah permudahkan segalanya . Kami sekeluarga redha dengan pemergiannya . Semoga rohnya dicucuri rahmatNya dan ditempat dalam golongan orang-orang yang beriman . Amin . Al-Fatihah .

Ramadhan kali ini dan pertama tanpa tok ayah . Kami dapat rasa kehilangan dan "kelainan" kerana tahun ni berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya . Semoga tok ayah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman ..

#Salam Ramadhan #Salam Al-Mubarrak .

Sunday, 7 July 2013

Lirik lagu Rahmatan Lil'Alamin- Imam Muda Asyraff

Sesungguh telah datang kepadamu seorang Rasul,
Terasa berat baginya pada tiap kesusahanmu,
Yang amat mendambakan ketulusan iman bagimu,
Menyebarkan cinta dan kasih sayang kepada umatnya,

Dikaulah insan yang memaafkan umatmu,
Tiada manusia yang terguris dengan sifatmu,
Seluruh kehidupan terasa keasih sayangmu,
Betapa alam tersentuh dengan pemergianmu

Rahmatan Lil'Alamin,
Rahmatan Lil'Alamin

Kau pimpin tangan halus isterimu menuju ke pintu,
Pehamu atas pijakan tika mereka memerlukan,
Kau seru mereka dengan panggilan nama yang manja,
Disandarkan dengan mesra tubuhmu pada mereka,

Lembut tanganmu mengusap rambut anak kecil,
Dikau cium mereka bagai mencium anakmu
Ketawa suka mereka berpaut dibahumu,
Belaian manjamu terasa menyentuh di kalbu,

Man La Yarham La Yurham,
Man La Yarham La Yurham,

Terdengar tangisan yang misteri disisi mimbarmu,
Dari kehidupan pohon tamar yang kau sandar dahulu,
Kau muliakan insan yang mencintai makhluk Tuhan,
Walau hanya memberi minum pada haiwan kehausan

Lirik lagu Ummi- Imam Muda Asyraff

Ummi...
Ummi...
Ummi...
Ummi...

Ummi Ya Lahnan Aa'syaqahu
Wa Nasyidan Dauman An Syuhudu
Fi Kulli Makaanin Azkuruhu
Wa adzollu adzollu Uruddiduhu

Ummi namamu yang kuseru,
Itulah kalimah terawalku,
Dalam pelukanmu kutangisankan
Begitu diriku memerlukanmu,

Ummi wahai jiwaku hidupku,
Berkorban hidup membesarkanku
Di bahumu tempat ku mengadu
Di mana jua setiap waktu

Usah dilingankan air matamu,
Menahan pedih dosa-dosaku,
Ummi hatimu takkan kuluka,
Tanpa redhamu tiadalah syurga,

Ya Allah padaMu kumemohon,
Dosa-dosa ummi moga diampun,
Permudahkan jalannya ke syurga,
Dunia akhirat dalam bahagia

Amin...
Amin...
Amin...
Rabbal'Alamin.

Friday, 8 March 2013

Adab berdoa diterima Allah

Berdoa bukan sekadar amalan biasa atau pelengkap untuk menambahkan seri kepada sesuatu acara. Sebaliknya ia adalah ibadat diantara manusia sebagai makhluk dengan penciptanya iaitu Allah SWT.  Perkara ini sebagaimana ditegaskan dalam suatu hadis daripada Nu'man bin Basyir RA, katanya Nabi SAW bersabda, maksudnya : "Doa itu adalah ibadat" (Riwayat at-Tirmidzi)

Disebabkan doa adalah ibadat, selayaknya berdoa disertakan dngan adab dan tertibnya, supaya permintaan, pengharapan dan pertolongan yang dipanjatkan didalam doa itu mendapat perhatian dan diterima Allah.

Antara adabnya ialah :-


  • Membaca doa dengan penuh pengharapan dan kekhuatiran. Oleh kerana itu, dianjurkan agar merendahkan suara dan menghadirkan rasa khusyuk. Malah merasakan keagungan dan kebesaran Allah .
      Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam al-Quran, maksudnya : "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas." . (Surah al-A'raaf, ayat 55)
  • Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri pada Allah .Dengan ini segala kekotoran batin dapat disucikan. Doa orang yang suci batinnya lebih segera sampai berbanding doa orang yang bergelumang dosa.
  • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi SAW.  Hal ini sebagaimana sabda Baginda SAW, maksudnya : " Sesungguhnya doa itu terhenti antara langit dan bumi, tiada naik walaupun sedikit, sehingga engkau berselawat kepada nabi engkau ."
      Abu Daud dan Nasai melaporkan : " Apabila kamu hendak berdoa, hendaklah memulai doa dengan memuji Allah dan membesarkannya. Selepas itu berselawat ke atas Nabi. Selepas berselawat, berdoa memohon sesuatu yang diinginkan. "
  • Membaca doa secara berulang kali, dua atau tiga kali. Tindakan ini menunjukkan doa itu sangat diperlukan . Selain itu, dianjurkan mengangkat kedua tangan dan mengusapkan kedua-dua tangan ke muka pada akhir doa.
      Saidina Umar al-Khattab dilaporkan ada menerangkan sabda Nabi bermaksud : "Jika (seseorang) menghulurkan tangannya di saat berdoa, maka tidak akan dikabulkan sehingga dia mengusapkan ke mukanya ."
      Malah, Nabi SAW melalui hadis daripada Salman dilaporkan bersabda, maksudnya : "Sesungguhnya Tuhan kamu malu terhadap hambaNya jika ketika mengangkat tangan kepadanya, lalu Dia kembalikkan dalam keadaan kosong." (Riwayat Abu Daud)
  • Berdoa pada waktu dan tempat yang baik lagi mulia, contohnya pada hari Jumaat, sepertiga malam, hari Arafah,Ramadhan dan waktu sahur. Malah, berdoa ketika sujud, sebelum dan selepas solat dan ketika mengadapo musuh Allah dengan menghadap ke arah kiblat .
     
  • Susunan doa harus biasa dan sederhana, sopan dan tepat mengenai sesuatu dimintanya, bukannya membabitkan perkara remeh.  Dalam hal ini adalah lebih utaam berdoa dengan doa seperti yang terkandung didalam al-Quran. Nadi dan Rasul sering membaca doa seperti terkandng didalam al-Quran supaya hajat dikabulkan .
  • Tidak bersikap terburu-buru dan berasa cepat putus asa. Abu Hurairah RA melaporkan, Nabi SAW bersabda, maksudnya : " Doa seorang di antara kamu akan sentiasa diperkenankan selama dia tidak terburu-buru, iaitu dengan mengatakan : Aku sudah berdoa,namun tidak juga diperkenankan bagiku." (Riwayat al-Bukhari)
      Nabi SAW juga dilaporkan bersabda :" Sentiasa dikabulkan doa seorang hamba selama dia tidak berdoa dengan doa yang mengandungi dosa atau memutuskan solaturahim dan selama dia tidak tergesa-gesa.
      Seorang sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan tergesa-gesa? Nabi menjawab : Dia berkata, 'aku sudah berdoa, aku sudah berdoa. Namun aku lihat Allah tidak perkenankan doaku' dan dia berputus asa, lalu meninggalkannya " (Riwayat Muslim)

Wednesday, 6 March 2013

Lirik lagu Hijrah Rasulullah- Hafiz Hamidun

*Hijrah Rasulullah, Pengorbanan
 Hijrah Rasulullah, Perubahan
 Hijrah Rasulullah, Perpaduan,
 Hijrah Rasulullah, Penyatuan.

Turunnya perintah kukuhkan maruah,
Bentengnya dirempuh musyrikin angkuh,
Ancaman memuncak amarah meninggi,
Perasaan benci menjadi-jadi

Kaum madinah menanti dengan sabar,
jaminan sejahtera Rasulullah dan sahabat.

Musyrikin menentang menggagalkan hijrah,
Merancang membunuh Rasulullah,
Rumah yang dikepung puluhan pemuda,
Sedia menyerbu tika lena,

Sayyidina Ali menggantikan tempat nabi,
Takut dan bimbang kini tiada lagi

Tanpa rasa ragu Muslimin bersatu,
Meninggalkan Mekah menuju Madinah
Abu bakar setia menemani Rasul
Di malam gelita memanjat Gua Thur

repeat *

** Hijrah Rasulullah, Kemuliaan,
     Hijrah Rasulullah, Kemajuan,
     Hijrah Rasulullah, Kecintaan,
     Hijrah Rasulullah, Kekuatan

Sederap melangkah tinggalkan semua,
Harta dan kuasa seisi keluarga
Hijrah yang dihalang mengundang semangat
Demi memastikan Islam mekar,

Hari bersilih malam berganti
Quba menjadi saksi iman Nabi

Di Quba terbina masjid yang pertama
Atapnya aqidah lantainya taqwa,
Meningkat tekad erat perpaduan,
mendorong sahabat meneruskan

Langkah demi langkah menuju Madinah,
kota sejahtera haruman semerbak

Dari kejauhan telah kedengaran,
Suara kesyukuran bersahut-sahutan

repeat *
repeat **