Showing posts with label Addin. Show all posts
Showing posts with label Addin. Show all posts

Sunday, 14 July 2013

Antara Kelebihan Istigfar


  •  Allah akan melapangkan dirinya daripada segala kesusahan dan melepaskannya daripada segala tekanan,  malah akan dikurniakan rezeki tanpa mampu dikira banyaknya.
  • Sesiapa yang mengerjakan kejahatan atau menganiayai dirinya, kemudian dia memohon keampunan kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih .
  • Tuhan tidak akan memberikan seksaan selama beristigfar
  • Mendekatkan diri kepada Allah, mendapat keberkatan dan melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebaikan sama ada didunia ataupun di akhirat .
  • Dikurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang ditentukan .
  • Amalan istigfar yang dilakukan secara berterusan juga akan membersihkan hati yang penuh dengan kekotoran hawa nafsu dan secara tidak langsung mnyelesaikan kemelut hati dan kehidupan . 

Friday, 8 March 2013

Adab berdoa diterima Allah

Berdoa bukan sekadar amalan biasa atau pelengkap untuk menambahkan seri kepada sesuatu acara. Sebaliknya ia adalah ibadat diantara manusia sebagai makhluk dengan penciptanya iaitu Allah SWT.  Perkara ini sebagaimana ditegaskan dalam suatu hadis daripada Nu'man bin Basyir RA, katanya Nabi SAW bersabda, maksudnya : "Doa itu adalah ibadat" (Riwayat at-Tirmidzi)

Disebabkan doa adalah ibadat, selayaknya berdoa disertakan dngan adab dan tertibnya, supaya permintaan, pengharapan dan pertolongan yang dipanjatkan didalam doa itu mendapat perhatian dan diterima Allah.

Antara adabnya ialah :-


  • Membaca doa dengan penuh pengharapan dan kekhuatiran. Oleh kerana itu, dianjurkan agar merendahkan suara dan menghadirkan rasa khusyuk. Malah merasakan keagungan dan kebesaran Allah .
      Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam al-Quran, maksudnya : "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas." . (Surah al-A'raaf, ayat 55)
  • Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri pada Allah .Dengan ini segala kekotoran batin dapat disucikan. Doa orang yang suci batinnya lebih segera sampai berbanding doa orang yang bergelumang dosa.
  • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi SAW.  Hal ini sebagaimana sabda Baginda SAW, maksudnya : " Sesungguhnya doa itu terhenti antara langit dan bumi, tiada naik walaupun sedikit, sehingga engkau berselawat kepada nabi engkau ."
      Abu Daud dan Nasai melaporkan : " Apabila kamu hendak berdoa, hendaklah memulai doa dengan memuji Allah dan membesarkannya. Selepas itu berselawat ke atas Nabi. Selepas berselawat, berdoa memohon sesuatu yang diinginkan. "
  • Membaca doa secara berulang kali, dua atau tiga kali. Tindakan ini menunjukkan doa itu sangat diperlukan . Selain itu, dianjurkan mengangkat kedua tangan dan mengusapkan kedua-dua tangan ke muka pada akhir doa.
      Saidina Umar al-Khattab dilaporkan ada menerangkan sabda Nabi bermaksud : "Jika (seseorang) menghulurkan tangannya di saat berdoa, maka tidak akan dikabulkan sehingga dia mengusapkan ke mukanya ."
      Malah, Nabi SAW melalui hadis daripada Salman dilaporkan bersabda, maksudnya : "Sesungguhnya Tuhan kamu malu terhadap hambaNya jika ketika mengangkat tangan kepadanya, lalu Dia kembalikkan dalam keadaan kosong." (Riwayat Abu Daud)
  • Berdoa pada waktu dan tempat yang baik lagi mulia, contohnya pada hari Jumaat, sepertiga malam, hari Arafah,Ramadhan dan waktu sahur. Malah, berdoa ketika sujud, sebelum dan selepas solat dan ketika mengadapo musuh Allah dengan menghadap ke arah kiblat .
     
  • Susunan doa harus biasa dan sederhana, sopan dan tepat mengenai sesuatu dimintanya, bukannya membabitkan perkara remeh.  Dalam hal ini adalah lebih utaam berdoa dengan doa seperti yang terkandung didalam al-Quran. Nadi dan Rasul sering membaca doa seperti terkandng didalam al-Quran supaya hajat dikabulkan .
  • Tidak bersikap terburu-buru dan berasa cepat putus asa. Abu Hurairah RA melaporkan, Nabi SAW bersabda, maksudnya : " Doa seorang di antara kamu akan sentiasa diperkenankan selama dia tidak terburu-buru, iaitu dengan mengatakan : Aku sudah berdoa,namun tidak juga diperkenankan bagiku." (Riwayat al-Bukhari)
      Nabi SAW juga dilaporkan bersabda :" Sentiasa dikabulkan doa seorang hamba selama dia tidak berdoa dengan doa yang mengandungi dosa atau memutuskan solaturahim dan selama dia tidak tergesa-gesa.
      Seorang sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan tergesa-gesa? Nabi menjawab : Dia berkata, 'aku sudah berdoa, aku sudah berdoa. Namun aku lihat Allah tidak perkenankan doaku' dan dia berputus asa, lalu meninggalkannya " (Riwayat Muslim)

Sunday, 17 February 2013

Mengenali Empat Mazhab Utama

Mazhab merujuk kepada madrasah atau aliran fiqh bagi mentafsirkan syariat dan pengambilan hukum daripadanya.  Ia membabitkan  metodologi fiqh dalam beristinbat (mengeluarkan hukum) dan mengetahui hukum.  Mazhab bukan syariat baru dan bukan sesuatu yang lain daripada Islam. Syariat menjadi hujah ke atas mazhab, bukan mazhab yang menjadi hujah ke atas syariat Islam.

Bagi seseorang yang mengikut mazhab, diharuskan mengikut mazhab lain dalam sesetengah masalah kerana tidak wajib dia terikat dengan semua ijtihad mazhab yang menjadi ikutannya. Tetapi ikutan kepada mazhab lain mesti berasaskan dalil kuat mendorongnya beralih. Malah, dia juga harus bertanya kepada alim ulama lain daripada mazhabnya mengenai hukum syarak dalam apa jua masalah dan beramal dengan fatwanya .

Dalam bermazhab, kita tidak harus menyempitkan dengan adanya perbezaam pandangan dan ijtihad mazhab kerana perbezaan kefahaman itu adalah perkara tabii kepada manusia. Antara mazhab muktabar ialah Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Empat mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing.

Mazhab Syafie : 

Diasaskan oleh Muhamad bin Idris as-Syafie. Beliau penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharuan dalam agama (mujaddid) bagi abad kedua Hijrah. Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata : "Diceritakan kepada Nabi Muhammad bahawa Allah menghantar kepada umat ini seorang pembaharu agama, Umar bin Abdul Aziz dihantar untuk abad pertama dan aku harap Imam Syafie adalah Mujadid abad yang kedua . "

Mazhab Hanafi :

Diasaskan oleh Nu'man bin Tsabit. Beliau adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Beliau juga seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan, cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah dihadapi. Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di Iraq. Beliau juga ketua ahli fikir. Golongan cerdik pandai ketika itu menyifatkan beliau sebagai "akal ilmu pengetahuan". Ketika hayatnya, beliau mengikuti pelbagai perkembangan ilmu pengetahuan, baik dibidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Beliau hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyah dan Abbasiyah.

Mazhab Maliki :

Diasaskan oleh Malik bin Anas. Beliau lahir di Kota Madinah, 13 tahun selepas kelahiran Imam Abu Hanifah.  Imam malik menhafaz al-Quran dan Hadis. ingatannya sangat kuat.. Beliau mendengar hadis daripada guru, disimpulkan tali bagi menyenangkan menghitung bilangan hadis dipelajarinya.  Beliau dianggap ketua atau imam ilmu hadis. Sanad (sandaran) yang dibawa oleh beliau, termasuk salah satu sanad terbaik dan benar. Imam Malik adalah seorang yang dipercayai, adil dan kuat ingatannya serta cermat memilih rawi hadis.

Hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik berdasarkan al-Quran dan Hadis. Beliau menjadikan hadis sebagai pembantu bagi memahami al-Quran. Beliau juga sangat cermat memberi penerangan dan hukum .

Mazhab Hanbali :

Diasaskan oleh Ahmad bin Muhamad bin Hanbal, lahir diKota Baghdad pada tahun 164 Hijrah. Beliau menuntut ilmu sepanjang hayat dan mempelajari hadis hingga menjadi seorang imam.  Ada yang bertanya : " Sampai bilakah engkau mahu menuntut ilmu, padahal engkau sudah mencapai darjat tertinggi ?".  Imam Ibnu Hanbal menjawab :"Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hingga ke pintu kubur."

Memang benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Imam Syafie adalah seorang daripada guru beliau. Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie di Hijaz, sewaktu menunaikan haji. Pada waktu itu, Imam Syafie mengajar di Masjidil Haram. Mereka kemudian bertemu kali kedua di Baghdad.

SUMBER : HARIAN METRO 

Monday, 11 February 2013

10 Sebab doa manusia tidak dimakbulkan


Ibrahim bin adham pernah ditanya penduduk Basrah : "Mengapa keadaan kami tidak berubah? Bukankah Allah berjanji akan mengabulkan doa orang yang berdoa kepadanya?" Beliau menjawab : Ada 10 perkara yang menyebabkan dia tidak diterima, iaitu :-

 # Kamu mengenal Tuhan, tetapi kamu tidak memenuhi hak-Nya.

Hak Tuhan ialah kewajipan untuk beribadat dan menunaikan perintah-Nya. Justeru, janganlah berharap                orang yang tidak menunaikan perintah Tuhan doanya akan diterima.

# Kamu banyak membaca al-Quran, tetapi kamu tidak mahu mengamalkannya.

Maksud daripada perkataan ini ialah orang terbabit mempunyai pengetahuan mengenai al-Quran, tetapi tidak mengamalkan kandungan didalamnya atau sekiranya mempunyai pengetahuan mengenai al-Quran al-Quran, dia tidak berusaha memahaminya.
Malah, dia memahami suatu kebaikan, tetapi sering meninggalkannya dan memahami adanya larangan tetapi melanggarnya.

# Kamu mengaku mencintai Nabi, tetapi meninggalkan sunnahnya. 

Orang terbabit mengaku mencintai Nabi dan menjadikannya sebagai ikutan, namun realitinya selalu meninggalkan sunnahnya, bahkan melanggarnya.

#Kamu mengaku menjadi musuh syaitan, tetapi kamu mengikutinya.

Walaupun mengetahui syaitan itu sentiasa memujuk ke jalan kesesatan, orang terbabit  gemar pula dengan jalan berkenaan. Dia mengakui dan menjadikan syaitan sebagai musuh besarnya, tetapi dia belum mampu mengawal nafsunya, malah cenderung mengikutinya.

# Kamu memohon keselamatan daripada seksa api neraka, tetapi kamu memasukkan diri kamu sendiri ke dalamnya.

Sewaktu berdoa dirinya belum disucikan daripada kekotoran batin. Sewaktu berdoa dia membacanya dengan tekun dan khusyuk memohon keselamatan daripada pedihnya azab neraka. Bagaimanapun, da;am kehidupan seharian dia tidak meninggalkan perangai buruk .

# Kamu berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga, tetapi kamu enggan berusaha memasukinya. 

Keengganan ini dalam bentuk tidak mahu menempuh jalan yang mampu menghantar mereka ke syurga iaitu melalui jalan kebaikan. Dia tidak mahu menggantikannya sikap buruknya yang menjadi kebiasaan dengan sikap baik.

# Kamu tahu kematian itu benar, tetapi kamu tidak mempersiapkan diri. 

Kematian jalan untuk bertemu Tuhan, tetapi mereka tidak mempersiapkan diri untuk tujuan itu.

# Kamu sibuk dengan aib orang lain, tetapi terhadap aib sendiri kamu tidak mahu tahu .

Kegemaran mendedahkan aib orang lain menjadikannya lupa kekurangan diri sendiri. Hal ini mengakibatkan sifat sombong menjadi-jadi. Selama didalam hati seseorang itu ada sifat sombong, meskipun sebesar zarah tidak akan masuk syurga. Begitulah kata-kata Nabi :"Nilai sombong sebesar zarah mampu menggagalkan seseorang untuk masuk syurga. Apa lagi satu doa, sudah tentu ditolak

# Kamu sudah banyak menikmati nikmat Tuhanmu, tetapi kamu tidak mensyukurinya. 

Orang terbabit lupa nikmat diberikan Tuhan kepadanya, padahal sudah sekian banyak dikurniakan kepadanya. Tuhan benci orang yang tidak tahu berterima kasih. Justeru, mana mungkin Tuhan akan melihat orang terbabit sewaktu berdoa kepadanya.

# Kamu sering mengebumikan mayat, tetapi tidak pernah mengambil iktibar daripadanya. 

Orang terbabit tidak banyak mengambil pengajaran daripada kematian, sehingga kesedarannya terhadap kebaikan tidak muncul. Dia tidak mengubah sikap buruknya.


SUMBER : HARIAN METRO (ADDIN)


Allah pilih Jumaat untuk peristiwa agung

ALLAH PILIH JUMAAT UNTUK PERISTIWA AGUNG

Abu Daub meriwayatkan satu hadis Nabi SAW daripada Ibnu Majah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Bahwasa Allah telah menjadikan hari Jumaat sebagai hari yang paling mulia. Kerana pada hari jumaatlah Allah ciptakan Nabi Adam AS dan pada hari Jumaat juga Allah wafatkannya. Pada hari Jumaat Malaikat Israfil meniupkan sangkakala iaitu hari dunia ini dikiamatkan oleh Allah dan pada hari Jumaat juga sangkakala kedua ditiupkan, dimana sekalian manusia dibangkitkan di Padang Mahsyar.

Oleh itu, apabila tiba hari Jumaat hendaklah kamu berselawat kepadaku sebanyak mungkin, kerana selawat itu dibawa terus oleh Malaikat khas kepadaku.  Berkata mereka (sahabat): "Wahai Rasulullah, bagaimana selawat itu akan dibawa terus kepadamu, sedangkan tubuh Rasulullah reput dimakan oleh bumi? Berkata Rasulullah SAW: Sesungguhnya Allah Taala mengharamkan ke atas bumi daripada memakan jasad kalangan nabi.

Sabda Rasulullah SAW lagi, banyakkanlah selawat ke atasku pada hari Jumaat kerana setaip hari Jumaat Allah SWT mengutuskan malaikat khas untuk membawakan ucapan selawat itu secara serta merta kepadaku."

Pada hari Jummat juga digelar sebagai hari raya bagi sekalian orang yang miskin. Sebab itulah dimakruhkan berpuasa sunat pada hari berkenaan, kecuali apabila ia digandingkan dengan hari sebelumnya atau selepasnya.

Allah SWT memilih Jumaat untuk peristiwa agung sebagaimana dinyatakan dalam hadis. Justeru, Rasulullah SAW juga memuliakannya dengan menganjurkan umatnya membanyakkan membaca selawat dihari berkenaan.

Alangkah beruntungnya orang yang berselawat pada hari Jumaat, kerana apabila Nabi SAW menjawab selawat mereka bererti mereka mendapat doa daripada Nabi SAW walaupun mereka tidak mendengar doa daripada Nabi SAW itu.

Hubungan selawat antara umat dengan Nabi SAW ibarat hubungan doa antara anak dengan ibu bapanya. Nabi SAW bangga dengan selawat daripada umatnya, sebagaimana rasa bangga dan bahagia yang dirasai oleh ibubapa yang berada didalam kubur ketika anaknya yang soleh mendoakannya.

Thursday, 7 February 2013

Berdiam diri satu ibadah

BERDIAM DIRI SATU IBADAH

Setiap orang tidak lekang daripada berbicara. Namun, bicara yang sia-sia, tidak mengikut adab, malah penuh dengan tipu muslihat demi kepentingan diri akan membuatkan anda tidak disukai orang sekelilin. Malah dibenci oleh Tuhan dan diakhirat mendapat balasan.  Bagi orang beriman, nikmat lidah kurniaan Tuhan itu digunakan bagi perkataan yang enak didengar,terhias dengan mutiara berhikmah. Mereka tidak akan berbicara perkara sia-sia, menabur fitnah dan membuka aib orang. Jika tiada yang mendatangkan faedah, bagi mereka lebih baik berdiam diri.

Ini kerana berdiam diri mempunyai beberapa hikmah antaranya :-
  • Menjadi satu ibadah
  • Perhiasan tanpa perlu berhias.
  • Kehebatan tanpa kerajaan.
  • Benteng tanpa pagar.
  • Kekayaan tanpa meminta maaf daripada orang lain. 
  • Istirahat bagi kedua-dua malaikat pencatat amal.
  • Menutup segala aib. 
Banyak hadis Rasulullah SAW mengenai kelebihan berdiam diri,antaranya bermaksud : " sesiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Sesiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Sesiapa yang banyak dosanya, nescaya nereka lebih utama baginya. " (Hadis Riwayat Abu Naim)

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud : " sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau berdiam."
Sementara hadis diriwayatkan at-Tirmidzi bermaksud : "Sesiapa diam, dia terlepas daripada bahaya".

Ada pendapat mengataka, banyak diam tidak semestinya dungu dan banyak cakap juga tidak semestinya cerdik kerana kecerdikan itu buah fikiran dan orang cerdik yang pendiam lebih baik daripada orang bodoh tetapi banyak bercakap.  Pendapat itu memang ada betulnya kerana jika bercakap panjang lebar, tetapi tiada sedikit pun boleh diambil pedoman. bahkan gelak tawa dan merapu sahaja yang lebih, tiada gunanya. Mereka yang mendengar juga akan cepat merasa bosan dan akhirnya orang itu akan dijauhi rakan taulan. 

SUMBER : HARIAN METRO

Monday, 28 January 2013

Pintu Masuk Syaitan

Pintu Masuk Syaitan 


  • Kebodohan
  • Amarah kerana ia bara daripada api neraka.
  • Cinta dunia kerana ia asas kepada segala kesalahan
  • Angan-angan
  • Keinginan dan cita-cita terlalu tinggi
  • Kikir
  • Terlalu bangga diri
  • Suka dipuji kerana ia suatu tipu daya
  • Riak
  • Sombong
  • Mengeluh dan tidak sabar
  • Mengikuti hawa nafsu
  • Berprasangka buruk
  • Meremehkan orang lain
  • Memandang ringan dosa
  • Berasa aman daripada murka Allah
  • Putus asa daripada rahmat Allah.
SUMBER : HARIAN METRO 

Wednesday, 9 January 2013

Adab Solat (2)

 SUNAT DALAM MELAKUKAN SOLAT ADA DUA PERKARA IAITU :-

a) Sunat Ab'ad :-

   1. Membaca tasyahud awal serta duduknya.
   2. Membaca selawat atas Nabi pada tasyahud awal.
   3. Membaca selawat atas keluarga Nabi pada tasyahud akhir.
   4. Membaca qunut dengan berdiri ketika solat subuh, witir pada pertengahan Ramadhan sampai akhir
       ramadhan .

b) Sunat Hai'at :-

   1. Mengangkat kedua tangan hingga ke telinga ketika takbiratul ihram , rukuk, iktidal, dan berdiri dari
      tasyahud awal.
   2. Meletakkan tangan kanan atas tangan kiri ketika berdiri .
   3. Membaca doa iftitah .
   4. Membaca ta'awwuz sebelum fatihah.
   5. Membaca amin setelah fatihah .
   6. Membaca surah al- Quran pada rakaat pertama dan rakaat kedua .
   7. Meninggikan suara ketika membaca fatihah. surah pada rakaat pertama dan kedua dalam solat maghrib,
      isyak dan subuh sedangkan perempuan merendah suara atau bacaan tersebut pada setiap solat .
   8. Membaca takbir ketika berpindah dari rukun.
   9. Membaca sami' Allahu liman hamidah ketika bangn dari rukuk dan rabbana lakal hamdu ketika
       iktidal .
  10. Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud.
  11. Meletak kedua telapak tangan diatas peha ketika duduk tasyahud awal dan akhir serta menunjuk
       dengan telunjuk dari tangan kanan.
 12. Duduk iftiras pada semua duduk.
 13. Duduk tawarruk ( seperti duduk tasyahud akhir)
 14. Membaca doa tasyahud akhir.
 15. Salam yang kedua, serta berpaling ke kiri dan ke kanan .
 16. Khusyuk dan tawaduk dalam solat .

Adab Solat

Solat adalah perintah Allah swt yang paling utama , oleh sebab itu perintah solat disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara langsung tidak melalui perantaraan iaitu ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang melaksanakan israk dan mikraj . Perintah solat berbeza dengan perintah yang lain . Solat beerti doa atau permohonan kepada Allah . Solat menurut istilah adalah perbuatan ibadah yang merupakan ucapan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam .

SYARAT-SYARAT MELAKUKAN SOLAT :-

1. Beragama islam .
2. Baligh dan berakal.
3. Suci dari hadas kecil dan besar.
4. Suci badan, pakaian dan tempat dari najis.
5. Mengetahui mana yang rukun dan mana yang sunat .
6. Menutup aurat .
7. Menghadap kiblat .
8. Masuk waktu solat .

Keterangan :-

Aurat bagi lelaki adalah dari pusat sampai ke lutut sedangkan  aurat perempuan adalah seluruh badannya kecuali muka dan kedua telapak tangan .

PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT :-

Apabila salah satu rukun dan syarat tidak dikerjakan atau ditinggalkan dengan sengaja, maka batallah solatnya ( tidak sah) . Di antara yang membatalkan solat adalah sebagai berikut :-

1.  Berhadas
2. Bercakap-cakap dengan sengaja.
3. Terbuka aurat
4. Bergerak tiga kali berturut-turut .
5. Makan dan minum walaupun sedikit.
6. Terkena najis.
7. Membelakangi kiblat.
8. Tertawa tergelak-gelak.
9. Menambah rukun.
10. Mendahului imam dua rukun (bila menjadi makmum)
11. Berubah niat
12. Melangkah atau memukul dengan sengaja.
13. Murtad ( keluar dari agama islam)

MAKHRUH DALAM SOLAT :-

1. Meletakkan telapak tangan dalam lengan baju ketika takbiratul ihram, rukuk dan sujud.
2. Menutup mulut rapat-rapat .
3. Terbuka kepala.
4. Memejamkan mata.
5. Mendongak ke langit.
6. Meludah
7. Solat diatas kubur.
8. Bercekak pinggang
9. Berpaling ke kiri dan ke kanan.
10. Menahan hadas.
11. Melakukan hal-hal yang mempengaruhi kekhusyukan solat .


Adab berwuduk

SYARAT-SYARAT BERWUDUK :-

a) Orang Islam
b) Mummayiz ( orang yang dapat membezakan baik dan buruk sesuatu pekerjaan)
c) Tidak berhadas besar
d) Menggunakan air yang suci lagi mensucikan .
e) Tidak ada sesuatu yang menghalang air sampai ke kulit pada anggota wuduk .

SUNAT - SUNAT BERWUDUK :-

a) Membaca Bismillah .
b) Membasuh telapak tangan
c) Berkumur-kumur
d) membersihkan lubang hidung
e) Mendahulukan yang kanan dari yang kiri .
f) Menyapu seluruh  kepala
g) Mengusap kedua teling luar dan dalam .
h) Membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali .
i) Menyela - nyela antara jari tangan dan kaki .
j) Membaca kalimah syahadat setelah selesai wuduk .

PERKARA- PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK :-

a) Sesuatu yang keluar dari qubul dan dubur .
b) Hilang akal sebab mabuk, gila dan tidur lelap
c) Terjadi persentuhan antara kulit tubuh lelaki dan perempuan yang bukan muhrimnya dan tanpa tutup pemisah .
d) Menyentuh qubul dan dubur dengan telapak tangan yang tidak dipakai tutup pemisah baik kemaluan
    sendiri mahupun orang lain .
e) Tidur yang tidak tetap tempat dan kedudukannya .




Thursday, 20 December 2012

14 kebaikan Membaca Yassin


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:


1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang. 

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. 
Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. 

5. Jika terpenjara akan dibebaskan. 

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya. 

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya. 

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya. 

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya. 

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. 

11.  Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.” 

12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”

 13. 
Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil. 

14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

9 Jenis Anak Syaitan


‎9 Jenis Anak Syaitan.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?

Wallah'alam. 

Rahsia disebalik Solat


Assalamualaikum wbrt....

Entri kali ini sedikit perkongsian berkaitan dengan rahsia disebalik waktu solat 5 waktu yang diwajibkan ke atas kita sehari semalam. Mungkin ada yang pernah terbaca dan mungkin ada yang tidak pernah terbaca, walau apa pun sama-samalah kita mengambil manfaat daripada ilmu dan pengetahuan yang telah dan bakal kita tahu ni..insyaAllah....

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya berkaitan dengan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

• Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah tidak mendapat tenaga yang optimum lagi.

• Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

• Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah. Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

• Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

• Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Demikianlah secara ringkasnya hubungan waktu-waktu solat dengan perubahan warna alam. Sungguh besar rahsia solat itu sendiri, walau kelihatan ringkas namun yg tersirat amat hebat & mengkagumkan. Allahuakbar! Bersyukurlah atas segala nikmat & anugerah-Nya buat kita hamba yg lemah & kerdil. Bersegeralah dalam bersolat, banyak hikmah & berkat daripada ibadah solat yg diwajibkan.

Wallahua’lam.

11 Manusia yang didoakan Malaikat

1.Orang yang tidur dalam keadaan bersuci


Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.” 

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: “Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”.’” 

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.” 

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.” 

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.” 

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.” 

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ ” 

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’” 

9. Orang yang membelanjakan harta (infak)

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’” 

10. Orang yang sedang makan sahur

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.” 

11. Orang yang sedang melawat orang sakit

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Azab kubur yang nyata



ALAM BARZAKH

Barzakh bermaksud rintangan atau pemisahan. Alam barzakh ialah alam pertama daripada alam yang kekal abadi di akhirat. Semua orang yang berada di dalam kubur dinamakan hidup di alam barzakh.

Alam ini berada di antara mati dan bangkit daripada mati. Apabila berada di dalam kubur, kita akan disoal oleh dua malaikat yang bernama Munkar dan Nakir mengenai amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia.

Barzakh dari sudut istilah pula ialah pendinding (hijab) yang terdapat di antara orang mati dan orang hidup. Pendinding inilah yang menghalang orang mati kembali ke dunia. Barzakh (pendinding) ini akan kekal sehingga hari Kiamat. Beberapa Ayat al-Quran Yang Menyatakan Azab Kubur

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta” (Surah Taha: 124)

Menurut Abu Sa‘id al-Khudri dan Abdullah bin Mas‘ud Radhdiallahu ‘anhum perkataan اكنض (yang sempit) adalah azab kubur. Inilah pendapat yang shahih.

“Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa berada dalam alam Barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab api neraka yang seberat-beratnya”. (40: 46)

Sebahagian ulama’ menjadikan ayat di atas sebagai dalil sabitnya azab kubur. Pendapat ini disepakati oleh Mujahid, ‘Akramah, Muqatil dan Muhammad bin Ka‘ab. Ayat di atas adalah dalil yang menunjukkan bahawa azab kubur itu berlaku di alam barzakh. (Al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, al-Qurtubi: 8/4415-4416)

Imam Ibn Kathir ad-Dimsyaqi menyatakan bahawa Ahli Sunnah menjadikan ayat di atas sebagai dalil yang kukuh berlakunya azab kubur di alam barzakh.

“Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain daripada azab yang tersebut”. (Surah At-Thuur: 47)Al-Qurtubi menjelaskan dalam tafsirnya bahawa azab itu adalah azab kubur. (At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirat: 152 & Al-Qurtubi: 9/4786).

“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (hartabenda, anak pinak, pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian) kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)”. Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari Kiamat)! (Surah at-Takathur: 1-3)

Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa surah ini mengandungi perkataan-perkataan tentang azab kubur. Oleh itu beriman dengannya adalah wajib. Inilah pegangan ahli Sunnah wa al-Jama‘ah. (At-Tazkirah: 152 & al-Qurtubi: 10/5540-5541) 

Beberapa Hadis-Hadis Yang Menunjukkan Sabitnya Azab Kubur

Daripada riwayat Abi Ayyub katanya:Maksudnya: “Pada suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar selepas matahari terbenam. Lalu Baginda mendengar suara. Baginda bersabda: “Mayat Yahudi itu diazab di dalam kuburnya” (Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari)Daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma: Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya mayat itu diazab disebabkan oleh ratapan orang-orang yang hidup” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dalam riwayat Imam Muslim: Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahawa mayat itu diazab kerana ratapan keluarga ke atasnya”. (Hadis riwayat Muslim)

Maka jelas daripada segala ayat al-Quran dan hadis yang shahih di atas bahawa azab kubur adalah benar dan sekalian umat Islam wajib mempercayainya dan orang yang mengingkarinya pula adalah ditakuti rosak akidahnya.

Solat sunat Tasbih

Solat sunat Tasbih ialah solat yang sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah saw kepada bapa saudaranya Saidina Abbas ibn Abdul Mutalib. Solat sunat tasbih ini digalakkan mengamalkannya kalau boleh setiap malam, kalau tidak sanggup sekali seminggu sebulan sekali atau setahun sekali dan kalau tidak boleh jugak setidak-tidaknya sekali seumur hidup.

* Sekiranya dikerjakan pada siang hari, hendaklah dikerjakan empat rakaat dengan satu salam .
* sekiranya dikerjakan pada malam hari, hendaklah dikerjakan empat rakaat itu dijadikan dua salam ;
   Solat ini disebut solat tasbih kerana didalamnya dibaca tasbih dalam 4 rakaat itu berjumlah 300 tasbih .

Cara mengerjakannya adalah sebagaimana berikut :-

* Berdiri menghadap kiblat. Lafaz niatnya : " Aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala".
* Sesudah selesai membaca doa iftitah, bacalah Surah Al-fatihah dan diikuti dengan mana-mana surah .
   Kemudian sebelum ruku bacalah " Tasbih" 15 kali iaitu "Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa Ilahaillallah
  Wallahuakbar"
* Selesai rukuk dan setelah membaca tasbih rukuk, bacalah pula tasbih seperti tersebut di atas 10kali
   kemudian iktidal.
* Selesai tahmid iktidal, hendaklah dibaca pula tasbih tersebut di atas 10 kali kemudian sujud.
* Pada waktu sujud, sehabis tasbih sujud, kemudian bacalah tasbih seperti di atas 10 kali lalu duduk
   antara dua sujud.
* Selesai membaca doa duduk antara dua sujud, bacalah tasbih seperti diatas 10 kali kemudian
   sujud kedua.
* Pada sujud kedua setelah selesai membaca tasbih sujud, bacalah tasbih seperti tersebut di atas 10 kali,
  sebelum berdiri ke rakaat kedua, kita hendaklah duduk istirahah. Sambil kita duduk istirahah itu kita
  membaca tasbih seperti tersebut di atas 10 kali .

Demikianlah kita laksanakan pada rakaat pertama dan begitulah seterusnya pada tiap-tiap rakaat apabila kita hitung bacaan tasbihnya berjumlah 300 kali tasbih. ( 75x4 rakaat = 300 tasbhih). Untuk lebih jelas adalah seperti berikut :-

# Setelah selesai membaca surah Al-Fatihah dan mana-mana surah pada rakaat pertama, Bacalah pula tasbih sebanyak lima belas (15) kali.
# Waktu rukuk bacalah tasbih lagi sebanyak sepuluh (10) kali.
# waktu iktidal bacalah tasbih lagi sebanyak sepuluh (10) kali.
# waktu sujud bacalah tasbih lagi sebanyak sepuluh (10) kali.
# waktu duduk antara dua sujud bacalah tasbih sebanyak sepuluh (10)kali.
# Waktu sujud kedua bacalah tasbih sebanyak sepuluh (10) kali.
# Waktu duduk istirahah sebelum berdiri bacalah tasbih sebanyak sepuluh (10)kali.

Sekiranya terlupa membaca tasbih oada satu-satunya tempat, maka boleh digantikan di tempat berikutnya, agar tetap tasbihnya berjumlah 300 tasbih .


- Sumber dari Majalah Muslimah-