Showing posts with label Rasulullah SAW. Show all posts
Showing posts with label Rasulullah SAW. Show all posts

Saturday, 9 February 2013

Mesej Terakhir Rasulullah

MESEJ TERAKHIR RASULULLAH SAW .

Lebih 10,000 para jemaah berkumpul. Terik matahari Arafah tidak mengundurkan langkah penduduk yang bersatu kerana Allah. Rasulullah berdiri membicarakan khutbah Baginda yang terakhir.

Puji-pujian kepada Allah kedengaran. Sejurus itu, Rasulullah berpesan, maksudnya : "Wahai umatku, hayati kata-kataku. Aku tidak tahu sama ada masih mampu atau tidak bertemu kamu semua selepas tahun ini. Dengarlah dengan teliti dan sampaikan kepada yang tidak hadir hari ini."

Pelbagai reaksi terbit, hairan. tunduk sepi serta membisu berbicara. Para jemaah tekun mendengar bait-bait pesanan Rasululllah. Mari kita teliti antara mesej-mesej terakhir Rasulullah s.a.w :-

MESEJ 1 : Bercinta dengan Al-Quran dan Sunnah. 

Meneliti mesej yang terkandung dalam kedua-dua sumber Islam, al-Quran dan Sunnah serta mempraktikkan segala input dan output yang tersirat untuk kesejahteraan hidup didunia dan akhirat.

MESEJ 2 : Memperkemas bukti cinta 

Hamba yang patuh dan cinta pada Penciptanya akan selalu beristiqamah mencintai Allah, memperbaiki kualiti solat, memperbanyakkan berpuasa, menunaikan zakat dan mengerjakan haji jika mampu. Setiap muslim itu juga akan memperindah hubungannya sesama Muslim yang lain

MESEJ 3: Berwaspada dengan musuh hakiki .

Syaitan merupakan musuh hakiki yang gigih menyerang keselamatan dan keimanan orang Islam secara zahir dan batin. Syaitan telah berputus asa untuk menyesatkan Mukmin dalam perkara-perkara besar, jadi berhati-hatilah agar tidak terjatuh pula dalam perangkapnya yang menghasut dalam perkara-perkara kecil !

MESEJ 4 : Memperhebat takwa 

Setiap jiwa pasti akan bertemu Rabnya dan akan dipersoalkan mengenai segala amal perbuatan yang dilakukan. Awasi kehidupan agar tidak terkeluar daripada landasan yang sebenar. Kita adalah sama dan tiada perbezaan disisiNya. Takwa dan amal soleh , itu kayu ukur sebenar kita dihadapan-Nya.

SUMBER : MAJALAH SOLUSI 

Tiru Ibadah Rasulullah SAW

TIRU IBADAH RASULULLAH SAW 

Ramai orang ingin menyahut saranan menampung kekurangan amalan dengan melakukan ibadah sunat yang selalu dilaungkan. Alhamdullilah, walaupun sudah penat melakukan pelbagai urusan, masih ada lagi waktu diperuntukkan untuk melakukan amalam sunat .  Tahukah anda bahawan bangun pada waktu malam dan melakukan ibadah merupakan amalan yang sentiasa diamalkan Rasulullah? Betapa baginda mencintai qiamullail dan amalan soleh.

Berikut dinyatakan Lima fakta mengenai ibadah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW :-


  1.  Melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki baginda bengkak. 
  2. Baginda akan tidur awal pada waktu malam untuk bangun pada tengah malam bagi menunaikan solat sebanyak 13 rakaat. (Riwayat al-Tirmizi)
  3. Memulakan solat malam dengan dua rakaat yang ringan. 
  4. Baginda pernah melaksanakan dalam keadaan berdiri dan duduk. 
  5. Istiqamah melakukan solat sunat dua rakaat pada waktu berikut :-

    * Sebelum subuh
    * Sebelum Zuhur
    * Sebelum Asar
    * Sebelum Maghrib
    * Sebelum Isyak.
Rasulullah melakukan beberapa solat sunat secara rutin. Sebahagian solat tersebut dilakukan dirumah dan sebahagian lagi dimasjid. Namun demikian, tempat yang paling baik untuk melaksanakan solat sunat ialah dirumah sebagaimana yang terdapat dalam hadis baginda, maksudnya :-

      " Laksanakan sebahagian solat kalian dirumah . Jangan jadikan rumah kalian sebagai kuburan." 
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

SUMBER : MAJALAH SOLUSI 


Monday, 28 January 2013

Berkasih Sayang Cara Rasulullah SAW

BERKASIH SAYANG CARA RASULULLAH SAW

Tiada contoh yang terbaik buat umat Islam melainkan peribadi Nabi Muhammad SAW . Baginda diutus sebagai utusan Allah yang memiliki beribu kebaikan untuk diikuti. Termasuklah cara baginda meluahkan rasa kasih dan sayang pada umat-umatnya. Kita semua bukan insan sempurna, maka tolak ansur adalah amalan terbaik supaya jalinan kasih sayang yang dibina kekal selamanya.


  • Tertulis dalam sejarah dimana ada seorang wanita tua bukan golongan Islam selalu membaling najis dan meletakkan duri disepanjang jalan yang dilalui Rasulullah. Baginda langsung tidak menghiraukan kelakuan buruk wanita tersebut malah menziarahinya ketika dia uzur. Dia terharu melihat kebaikan baginda lalu memeluk Islam .

  • Ketika berhijrah ke kota Madinah dan memulakan sesi dakwahnya, Rasulullah telah dibalik batu oleh kanak-kanak dan golongan dewasa penduduk kota tersebut. Pernah ia berlaku ketika baginda sedang menunaikan solat, namun baginda langsung tidak memarahi mereka. Malah, baginda berdoa, " Ya Allah, berilahh petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui tentangku."

  • Rasulullah seorang yang baik hati kerana selalu membantu sahabat  dan umatnya tanpa mengira latar belakang mereka. Jika ada sesiapa yang meminta pertolongannya, baginda akan sedaya upaya membantu. Sikap prihatin ini perlu diikuti kerana Rasulullah pernah bersabda " Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, Allah akan tunaikan 70 hajatnya." Wallahua'alm.

  • Suatu ketika dahulu, pernah berlaku dimana seorang Arab Badwi membuang air kecil disatu sudut di dalam masjid. Perkara kotor ini mendatangkan kemarahan sahabat-sahabat Nabi Muhammad. Baginda pula hanya berdiam diri dan tunggu sehingga si polan melunaskan hajatnya. Selepas itu, baginda tidak kekok membasuh najis tersebut lalu memberitahu tentang adab-adab ketika dimasjid kepada si polan tersebut.

  • Perbezaan paling ketara antara kita dan insan terpuji ini ialah baginda selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi mereka yang memerlukan sama ada bertanya khabar ataupun bertanya tentang keperluan mereka. Baginda langsung tidak pilih bulu kerana sentiasa berbual dan makan bersama orang-orang miskin yang melarat. Adakah kita begitu? 

SUMBER : MAJALAH DARA.COM

Thursday, 24 January 2013

Mari ikut Cara Nabi Muhammad


Mari ikut Cara Nabi Muhammad 

  • Menggembirakan hati manusia. Dalam satu peristiwa, Rasulullah bertemu seorang kanak-kanak bernama Abu Umair yang bersedih kerana kematian seekor burung peliharannya, lalu baginda menggembirakan Abu Umar. 
  • Bersenda dengan gurauan benar. Para sahabat dalam satu hadis riwayat Tirmidzi mengatakan bahawa Rasulullah selalu bergurau dengan mereka. Tetapi gurauan itu bukan mainan melainkan benar sahaja. 

  • Rasulullah seorang yang romantik. Nabi Muhammad sering berpegang tangan dengan isterinya, antaranya dengan Aisyah ketika dirumah. Sabda baginda, apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan dengan menyelitkan jari jemari mereka, maka dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka. 

  • Mesra dengan kanak-kanak. Rasulullah pernah sujud begitu panjang dalamsolat disebabkan cucu baginda Hasan dan Husin menaiki tengkuk baginda ketika sujud. Sahabat hairan lalu bertanya lalu baginda menjawab, sesungguhnya cucu aku telah menjadikan aku tunggangannya. Aku tidak suka mengganngu sehingga mereka selesai.

  • Sayang isteri. Setiap kali pulang ke rumah, apabila melihat tiada makanan untuk dijamah sambil tersenyum baginda kemudian melipat lengan bajunya untuk membantu isterinya didapur. 

Sayidatina Aisyah menceritakan : " Kalau Nabi berada dirumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan, baginda cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang. "

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu . Tetapi dilihatnya tiada apa-apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana sayidatina Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya ,

" Belum ada sarapan ya khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk sayidatina Aisyah yang bererti 'wahai yang kemerah-merahan')

Aisyah menjawab dengan agak serba salah, " Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, " Kalau begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal diwajahnya.

 Pernah baginda bersabda , " Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."



Hikmah Disebalik Sunnah

Hikmah Disebalik Sunnah


  • Membasuh tangan
  • Berkhatan
  • Mandi
  • Senyum
  • Sahur
  • Marah

MEMBASUH TANGAN 

Nabi Muhammad bersabda : " Keberkatan makanan itu ialah membasuh tangan sebelumnya dan selepasnya." ( riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

India kini telah mengadakan kempen besar-besaran membasuh tangan apabila negara itu berdepan krisis penyakit sakit perut kerana tabiat rakyat tidak membersihkan tangan sebelum makan. 

Dahulu, masyarakat memperlekehkan amalan ini tetapi dalam ajaran Islam, perbuatan itu sudah dikempen oleh baginda setelah sekian lama, bahkan ia menjadi kebiasaan, seperti mana hadis Rasulullah diriwayatkan oleh Aisyah : " Apabila baginda berwuduk untuk solat dan apabila baginda ingin makan baginda membasuh kedua tangannya terlebih dahulu ."

BERKHATAN 

Rasulullah bersabda : Kesucian ( fitrah) itu ada lima : khatan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memendekkan kumis dan memotong kuku. (riwayat Bukhari Muslim)
Salah satu lima kesucian itu ialah berkhatan. 

MANDI 

Aisyah ra berkata bahawa Rasulullah SAW menerangkan kepada seorang perempuan : Apabila datang haid, hendaklah engkau tinggalkan sembahyang dan apabila haid itu habis tempohnya, hendaklah engkau mandi wajib dan sembahyang seperti sediakala. ( riwayat bukhari)

Islam merupakan salah satu agama yang mendidik umatnya tentangsoal kebersihan lebih-lebih perbuatan mandi sehingga amalam itu dibahagikan kepada mandi sunat dan wajib. Air berfungsi membersihkan kekotoran yang terdapat di bahagian kemaluan dan anggota badan lain. 

Sebelum kedatangan Islam di Eropah, masyarakat tidak mandi. Sebaliknya apabila islam datang, para pemerintah memperkenalkan rumah mandi awam. 

SENYUM

Rasulullah bersabda : " Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, amar makruf nahi mungkar untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (riwayat Tirmidzi dan Abu Dzar)

Seorang sahabat Nabi Muhammad pernah menyatakan bahawa sejak beliau memeluk agama Islam, tidak pernah melihat baginda tidak senyum. Seorang saintis Eropah mengkaji Hadis tersebut dan beliau menyimpulkan bahawa perbuatan senyum boleh menambahkan kesihatan . 

SAHUR 

Rasulullah SAW bersabda : " Makan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailullah ( tidur sekejap) pada siang hari sebelum Zuhur boleh memberi kekuatan untuk qiamullail." (riwayat Ibnu Abbas)

Ramai tidak mengetahui bahawa tidur dalam tempoh 15-20 minit sebelum waktu Zuhur boleh memberi kekuatan tenaga pada waktu petang. Amalan itu dilakukan oleh rakyat sepanyol sebagai ikutan tradisi yang dipanggil sebagai Sistah.
Selain itu, posisi tidur Rasulullah yang mengiring arah kanan boleh menyebabkan jantung berdenyut dengan selesa selain ia baik untuk proses penghadaman dan perjalanan usus. Hal ini menurut kajian oleh saintis barat. 
Berkaitan dengan tidur telungkup pula memberi kesan buruk kepada kesihatan kerana jantung terhempap pada tulang rusuk. Sedangkan tindakan itu telah lama  ditegah berdasarkan sebuah hadis riwayat Abu Daud bermaksud : " Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya sama ada ketika tidur malam ataupun tidur siang. Sesungguhnya posisi tidur telungkup seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai oleh Allah. 

MARAH

Abu Hurairah berkata bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah yang bermaksud: " Berwasiat kepada aku." Maka baginda bersabda : " Jangan kamu marah . " Lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali dalam keadaan marah tetapi Rasulullah mengulangi jangan marah sebanyak tiga kali. 

Saintis Perancis mengkaji bahawa perbuatan marah boleh menyebabkan penyakit jantung. Bahkan jika seseorang sedang menghidap penyakit itu , mereka berisiko menambah kesakitan dialami tersebut jika berterusan bersikap marah . 

Sumber :- Utusan Malaysia 24 Jan 2013



Nabi Dipelihara Di Desa Bani Saad

Desa Bani Saad terkenal sebagai kawasan paling kering berbanding kampung-kampung disekitarnya. Nanum, kedatangan anak kecil bernama Muhammad telah membawa keberkatan kepada keluarga Halimatus Saadiah dan penduduk Desa Bani Saad.

Keluarga Halimatus Saadiah mempunyai beberapa ekor kambung. Sebelum berangkay ke Kota Mekah untuk mengambil Muhammad sebagai anak susuan, kambing-kambing peliharaannya begitu kurus dan tiada susu. Tetapi setelah kehadiran Muhammad dalam keluarga itu, kambing-kambing mereka sudah mulai gemuk dan mengeluarkan banyak susu. Setiap pagi, kambing-kambing kepunyaan Halimatus Saadiah dilepaskan untuk mencari makanan.  Dan pulang kekandangnya dengan perut yang penuh dengan makanan. 

Jiran tetangga yang turut memelihara kambing berasa hairan, kerana kambing-kambing Halimatus Saadiah pulang dengan perut yang kenyang sedangkan kambing mereka masih lagi kelaparan . Kambing-kambing kepunyaan Halimatus Saadiah juga mengeluarkan susu yang banyak sedangkan kambing mereka masih kering susunya.  Mereka berasa iri hati lalu melepaskan kambing-kambing mereka ditempat dimana kambing Halimatus Saadiah dilepaskan dengan harapan kambing mereka turut mendapat makanan yang cukup dan mengeluarkan susu yang banyak . Tetapi mereka kehairanan kerana kambing2 mereka pulang dengan perut yang kempis sedangkan kambing2 Halimatus Saadiah pulang dengan perut yang kekenyangan. 

Halimatus Saadiah bersama suaminya Abu Khabsyah dan anak perempuan mereka bernama Asy Syima' berasa gembira dengan kehadiran Muhammad dalam keluarga mereka, Allah telah mencurahkan rezeki yang melimpah ruah tanpa dapat difikirkan bagaimana ianya boleh berlaku . Lantas, Halimatus Saadiah dan suaminya memelihara dan menjaga Muhammad dengan sempurna dan baik sekali . Mereka menyayanginya lebih daripada anak sendiri . Tambahan pula, Muhammad membesar dengan baik tanpa banyak menimbulkan masalah . 

ANAK YANG ISTIMEWA 

Desa Bani Saad terkenal dengan pemandangannya yang cantik dan udaranya yang bersih . Dan di desa itulah  Nabi Muhamad s.a.w dibesarkan hingga menjadi seorang anak yang sihat, cantik dan bersih kulitnya. Menurut Halimatus Saadiah, Nabi Muhammad mula disusui sejak umurnya beberapa minggu sehinggalah berhenti menyusu ketika berumur dua tahun. Proses pembesaran tubuhnya begitu luar biasa sekali. Ketika berusai dua tahun bahannya sudah begitu keras dan kuat . Muhammad membesar menjadi anak yang berbeza dengan teman yang sebaya dengannya. Badannya kuat dan tegap, wajahnya menawan kepada sesiapa yang memandangnya. 

Setelah genap dua tahun, Halimatus Saadiah merasakan tugasnya memelihara dan menyusukan Muhammad telah selesai. Kerana itu dia bercadang mahu menghantar Muhammad ke pangkuan bondanya Siti Aminah di Kota Mekah . Maka berangkatlah Halimatus Saadiah bersama suaminya Abu Khabsyah dan anak perempuannya Asy Syima' ke Kota Mekah dengan membawa Muhammad. Kemudian Halimatus Saadiah menyerahkan Muhammad kepada ibunya Siti Aminah. Alangkah gembiranya Siti Aminah apabila melihat anaknya yang sihat dan cantik wajahnya. Dia mengucapkan terima kasih serta memberi pelbagai hadiah kepada Halimatus Saadiah .

HATI KOSONG KERINDUAN 

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Desa Bani Saad, Halimatus Saadiah berasa seperti kekosongan. Perasaan yang sama dirasai Abu Khabsyah dan anak perempuan mereka Asy Syima'. Apabila masuk ke dalam rumah mereka rasa sunyi sepi tanpa kehadiran Muhammad Pada mulanya Halimatus Saadiah dan suaminya menyangka perasaan itu dirasai cuma beberapa ketika sahaja kerana baru berpisah dengan Muhammad. Namun sangkaan mereka meleset kerana rasa sunyi dan rindu itu semakin menebal. Perasaan itu bukan saja dirasai Halimatus Saadiah malah suaminya Abu Khabsyah turut berasa perasaan yang sama sejak ketiadaan Muhammad. 

Akhirnya Halimatus Saadiah berbincang dengan suaminya dan mereka mengambil keputusan untuk pergi semula ke Kota Mekah menemui Siti Aminah. Dalam pertemuan itu, Halimatus Saadiah dan suaminya merayu kepada Siti Aminah agar menyerahkan semula Muhammad untu dibawa ke Desa Bani Saad. Pada mulanya Siti Aminah berasa amat berat hati mahu melepaskan  anak kesayangannya itu.  Tambahan pula mereka baru saja bersama beberapa hari. Tetapi apabila melihat suami isteri itu begitu berharap dan Muhammad pula kelihatan begitu mesra apabila bertemu dengan keluarga susuannya membuat Siti Aminah tidak sampai hati menghampakan permintaan mereka. 

Setelah berbincang dengan bapa mertuanya, Abdul Mutalib, akhirnya Siti Aminah melepaskan semula anaknya Muhammad untuk dipelihara semula oleh keluarga susuannya selama beberapa tahun lagi. Muhammad dibawa pulang semula ke Desa Bani Saad. Kepulangannya bukan saja menggembirakan hati Halimatus Saadiah dan suaminya malah jiran tetangga juga. Nabi Muhammad s.a.w dibesarkan di perkampungan Bani Saad yang udaranya segar dan bersih. Bertutur bahasa Arab dengan pertuturan yang fasih kerana kabilah Bani Saad terkenal paling fasih bahasa Arabnya. 

MEMBELAH DADA

Beberapa tahun kemudian Muhammad menjadi seorang kanak-kanak yang cergas fizikal dan mentalnya, sihat tubuh badan dan fikirannya, keras semangat dan kemahuannya serta memiliki kecantikan paras dan rupa. Muhammad juga dikurniakan akhlak yang mulia dan budi pekerti yang baik sejak kecil lagi. Dia menjalani kehidupan yang amat sederhana bersama saudara susuannya iaitu anak-anak Halimatus Saadiah. Setelah berumur 4 tahun, Muhammad membantu keluarga angkatnya dengan memelihara kambing ternakan mereka. Halimatus Saadiah dan suaminya Abu Khabsyah membenarkan kerana Muhammad ketika itu sudah  berumur 4 tahun. Sejak Muhammad turut membantu memelihara kambing maka binatang ternakan keluarga Halimatus Saadiah itu semakin membiak.

Pada suatu hari salah seekor ibu kambing melahirkan anaknya. Muhammad berasa amat gembira lalu mengajak saudaranya melihat anak kambing yang baru lahir itu. Kandang kambing itu terletak dibelakang rumah. Mereka pergi ke situ untuk melihat anak kambing yang baru dilahirkan. Sedang Muhammad dan saudara susuannya asyik melihat anak kambing itu tiba-tiba tanpa disangka sangka menjelma dua orang lelaki kepala botak tetapi wajahnya cantik menawan memakai jubah putih lalu terus mendekati Muhammad. Kemudian Muhammad dibawa ke satu sudut agak jauh dari kandang kambing itu. Kedua lelaki itu membaringkan Muhammad ke tanah lalu menanggalkan baju, membelah dadanya serta mengeluarkan hatinya. Hati itu dibelah dan dibersihkan dengan air Zamzma daru bejana emas. Kemudian hati itu dimasukkan semula dan dada Muhammad dijahit. 

Apa yang berlaku terhadap Muhammad disaksikan oleh anak-anak Halimatus Saadiah. Mereka terkejut lalu terus berlari pulang mendapatkan Halimatus Saadiah di rumah mereka untuk menyampaikan berita tentang dua orang lelaki yang menangkap Muhammad itu. Wajah anak-anak itu pucat lesi dan tubuh mereka menggeletar kerana ketakutan. Halimatus Saadiah terkejut lalu segera pergi mendapatkan Muhammad. Meraka hairan kerana Muhammad nampak tenang cuma mukanya kelihatan pucat. Muhammad menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya. 

MUHAMMAD DALAM BAHAYA . 

Apa yang berlaku terhadap Muhammad itu amat membimbangkan hati Halimatus Saadiah dan suaminya. Tambahan pula beberapa hari kemudiannya beberapa orang Nasrani melihat Muhammad sedang bermain dengan kawan-kawannya. Mereka kelihatan tertarik hati melihat Muhammad lalu bertanya kepada Halimatus Saadiah mengenai anak dibawah jagaannya itu .Halimatus Saadiah tidak menjawab pertanyaan mereka kerana bimbang Muhammad akan diculik. Peristiwa Muhammad ditangkap dua orang lelaki yang tidak dikenali lalu dadanya dibedah dan pertanyaan orang-orang Nasrani tentang Muhammad itu, membuat Halimatus Saadiah yakin anak susuannya itu berada dalam keadaan bahaya. 

Beliau berbincang dengan suaminya lalu mencadangkan Muhammad diserahkan semula kepada ibunya Siti Aminah. Abu Khabsyah bersetuju dengan cadangan isterinya itu dan mahu penyerahan Muhammad kepada ibunya disegerakan. Keesokkan harinya Halimatus Saadiah bersama suami dan anak-anaknya berangkat ke Kota Mekah dengan membawa Muhammad.  Walaupun berat hati mereka untuk berpisah dengan anak itu yang telah dianggap seperti anak sendiri, namun itu perlu dilakukan demi untuk keselamatan Muhammad. Jika berlaku sesuatu terhadapnya pasti mereka akan dipersalahkan oleh Siti Aminah. 

Apabila sampai di Kota Mekah Halimatus Saadiah terus menuju ke rumah Siti Aminah. Apabila Muhammad diserahkan, Siti Aminah berasa hairan lalu bertanya apa yang berlaku . Halimatus Saadiah menceritakan apa yang telah berlaku terhadap Muhammad. Bagi mendapat penjelasan selanjutnya, maka Siti Aminah bertanya pula kepada Muhammad.  " Dua orang lelaki berpakaian putih telah datang kepadaku. Mereka terus menangkap saya lalu dibawa ke suatu tempat. Kemudian saya dibaringkan ke atas tanah lalu mereka membedah perut dan dada saya," Terang Muhammad, lalu menceritakan bagaimana kedua lelaki itu mengeluarkan hati lalu membedah serta membasuhnya dengan air zamzam yang diisi dalam bejana emas.

" Kami bimbang sesuatu yang buruk berlaku terhadap Muhammad. Kerana itu kami mahu menyerahkan semula kepada ibunya," Kata Halimatus Saadiah pula. Siti Aminah tidak terkejut mendengarnya lalu berkata. " Sesungguhnya anakku ini akan menjadi orang besar dikemudian hari. Ketika aku mengandungkannya, aku melihat sinar cahaya keluar dari perutku. Kemudian sinar tersebut naik ke atas sehingga aku boleh melihat istana-istana Busra di Syam terang berderang dengan cahaya. Demi Allah, selama aku mengandungkan Muhammad, aku merasakan kandunganku ringan dan tidak membebankan saya untuk bergerak kemana-mana. Saya tidak berasa sakit ketika melahirkannya. Setelah lahir Muhammad mendongak ke langit. "

Sumber dari Majalah i ( Dis 2012) 

Pentingnya sunnah Rasulullah s.a.w

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk hidup di bumi Allah yang indah ini . Ana ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada sahabat-sahabat ana ... Banyakkan berselawat kepada Nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W.. Bukan hanya berselawat pada Maulud Nabi je . Malah kita kenalah sentiasa berselawat pada Baginda setiap masa tanda kita memperingati baginda sentiasa.

Marilah kita hidupkan sentiasa Sunnah-sunnah baginda . Jangan kita lenyapkan sunnah baginda.  Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata :-

Dari Anas bin Malik ra. Katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku : ' Hai anakku! Jika engkau mempu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula : Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barang siapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barang siapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku didalam syurga ! ' ( Riwayat Tarmidzi)

Dari Ibnu Abbas ra bahawa Nabi SAW yang berkata : " Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid ". (Riwayat Baihaqi). Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra . ada sedikit perbedaan, iaitu katanya : Baginya pahala orang yang mati syahid . ( At-Targhib Wat- Tarhib 1:44)

Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa Nabi SAW telah bersabda : Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zama kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahawa Nabi SAW telah berkata : Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api ( Kanzul Ummal 1: 47)

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya : Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku ! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi : Barang siapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku .

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah ra. dari Nabi SAW katanya : Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga !

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya : Barang siapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku !