Showing posts with label Sirah Islam. Show all posts
Showing posts with label Sirah Islam. Show all posts

Sunday, 14 July 2013

10 Wasiat Hassan al-Banna



  1. Dirikan solat apabila mendengar azan,walau dalam apa jua keadaan pada waktu itu.
  2. Bacalah al-Quran, pelajari tafsirnya, dengar bacaan orang lain atau zikir kepada Allah .
    Jangan gunakan sebahagian waktumu untuk hal yang tidak berfaedah .
  3. Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih kerana ia termasuk syiar Islam .
  4. Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan .
  5. jangan banyak ketawa kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
  6. Jangan suka berjenaka atau berolok-olok kerama umat berjuang tidak mengenal selain kesungguhan .
  7. Usah tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
  8. Jauhi menghina orang, mencela organisassi dan jangan berbicara kecuali bicara yang baik .
  9. Perkenalkan dirimu kepada orang yang kamu jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling mengenali .
  10. Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya .

    Jika kamu mempunyai urusan, maka selesaikanlah dalam waktu paling singkat . 

Monday, 18 February 2013

Kota Thaif dan Buah Zaqqum

Negara Arab Saudi terkenal dengan iklim dan cuaca panas. Maklumlah dataran Arab memang ditakdirkan Allah SWT dengan sedemikian rupa. Tetapi jangan hairan dan takjub dengan sebuah kota bernama Thaif. Jika di Malaysia, mungkin seperti Cameron Hihglands, yang dianugerahkan dengan suhunya yang sejuk dan dingin.  Thaif adalah sebuah daerah yang lokasinya hanya 80 kilometer dari Mekah, tetapi mempunyai iklim yang sungguh berbeza dengan Mekah. Di Mekah, mungkin orang ramai terbiasa dengan suhu panas sehingga melebihi 40 darjah celcius pada umumnya. Jarak di antara Mekah dan Thaif hanyalah sejam lebih perjalanan menaiki kenderaan biasa.

Thaif terkenal sebagai pengeluar produk sayur-sayuran dan buah-buahan di Arab Saudi. Thaif diberkati Allah SWT dengan kesuburan tanahnya walaupun komposisi tanahnya yang berbatu lebih banyak. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang terdapat dipasar tradisionalnya melimpah ruah dan segar. Segala jenis buah-buahan dan sayur-sayuran berada di Thaif termasuk penghasilan buah delima yang sangat terkenal. Semua produk tersebut diedarkan diseluruh Arab Saudi dan lain-lain negara di Tanah Arab.

Untuk memasuki Thaif, diperlukan keizinan khusus dan pemeriksaan yang cukup ketat. Ini mungkin kerana disana terdapat akedemi tentera dan gedung senjata kerajaan Arab Saudi. Thaif dikelilingi oleh pergunungan yang sekali gus mempengaruhi iklim dingin dan sejuk. Dahulunya, Thaif sekadar mengingatkan kisah pengusiran baginda Nabi Muhammad SAW dan dilempar betu oleh musuhnya. Kini daerah ini pula tumbuh subur pokok zaqqum, pokok yang dipenuhi duri tajam dan besar.

Apakah gerangan pokok zaqqum ini ? Adakah ia sama dengan pokok ghorqod Yahudi ? Atau apakah hikmah disebalik pohon zaqqum yang tumbuh di Thaif dengan pokok zaqqum di neraka ? Firman Allah SWT bermaksud : Dan (demikian juga kami jadikan) pokok yang dilaknat (zaqqum) didalam al-Quran dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran), maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau-lampau . (al-Israa' :60) Firman Allah SWT lagi yang bermaksud : Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang zalim (didunia dan azab seksa bagi mereka diakhirat). (as-Saaffat : 63)

Manakala firman Allah SWT bermaksud : (ingatlah), sesungguhnya pokok zaqqum (buahnya) menjadi makanan bagi orang-orang yang berdosa (dalam neraka) , makanan ini pula panas, seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya . (ad-Dukhan :43-46) Firman Allah SWT bermaksud : Sebenarnya ia (zaqqum) sebatang pohon yang tumbuh didasar nereka yang marak menjulang. Buahnya seolah-olah kepala syaitan-syaitan. (as-Saaffat : 65-65)

Seperti dimaklumkan, syaitan sentiasa melihat kita sedangkan kita tidak dapat melihatnya. Syaitan mendengar apa yang kita katakan sedangkan kita tidak merasa akan bisikannya. Iblis laknatullah menggoda manusia dengan cara yang halus dan tidak dirasai manusia. Rasulullah SAW bersabda bermaksud : " Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia seperti berjalan atau mengalirnya darah. "

Daripada Abu Hurairah ra katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud : " Syaitan mengikat tengkuk salah seorang kamu (setiap orang) ketika tidur pada waktu malam dengan tiga ikatan. Apabila orang yang tidur itu bangun daripada tidurnya kemudian dia mengingati Allah SWT (membaca doa bangun tidur), maka terbukalah satu ikatan. Jika dia berwudhuk, terbukalah satu ikatan lagi,dan jika dia mengerjakan solat (subuh) , terbukalah ikatan yang ketiga, sehingga dia menjadi sihat dan cergas. Kalau tidak melakukan yang tiga itu, dia merasakan rimas atau malas. " Demikianlah bahaya yang ditimbulkan oleh Syaitan .

SETITIK ZAQQUM

Berbalik kepada pokok zaqqum, Rasulullah SAW bersabda bermaksud : " Seandainya setitik daripada zaqqum dititikkan didunia nescaya akan menghancurkan kehidupan semua penghuninya. Lalu bagaimana dengan keadaan orang yang menjadikan zaqqum sebagai makanannya ?" (riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dalam sunannya, kitab az-zuhud, bab shifat an-Nar).  

Walaupun pokok zaqqum tidak sama dengam pokok ghorqod, tetapi orang-orang Yahudi sudah terkenal dan suka menanam dan memelihara pokok ghorqod dan kini telah banyak terdapat dan ditanam oleh mereka, khususnya di bumi Palestin, bahkan pokok tersebut diedarkan ke seluruh Amerika Syarikat .

Rasulullah SAW bersabda bermaksud : Tidak akan terjadi kiamat hingga kaum Muslimin memerangi kaum yahudi, lalu membunuh mereka, sehingga seorang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pokok, lalu batu dan pohon itu berkata : Hai Muslimin, hai hamba Allah, ini Yahudi dibelakangku, kemarilah, bunuhlah dia kecuali pokok ghorqod, maka itu adalah daripada pokok-pokok Yahudi.  (riwayat muslim)

Begitu juga tanah Palestin adalah warisan umat Islam sejagat sejak Zaman berzaman daripada para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah SWT.

SUMBER : HARIAN METRO (MEGA AGAMA)

Monday, 4 February 2013

Ibn Bajjah

BAJJAH SETARAF ARISTOTLE, FARABI

Kedatangan Islam di Sepanyol sejak zaman sahabat banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat disana khususnya dalam bidang keilmuan dan ketamadunan. Kesannya masih dapat dilihat sehingga ke hari ini malah  pengaruhnya begitu jelas apabila kita melihat kepada bentuk seni bina monumen dan bangunan. 

Sebenarnya pada masa pemerintahan Islam dinegara itu, lahir ramai cendiakawan dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, matematik, sastera mahupun astronomi. Ibu Bajjah seorang daripada ilmuan terbabit. Nama sebenar beliau ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Yahya al-Saigh yang dilahirkan di Saragossa pada 1082Masihi dan meninggal pada 1138 Masihi.  Walaupun usianya tidak panjang, beliau memiliki ilmu, kemahiran dan bakat dalam pelbagai bidang . Malah, beliau terkenal sebagai seorang sasterawan dan ahli bahasa yang unggul sehingga pernah menjadi penyair bagi golongan al-Murabbitin yang dipimpin Abu Bakar Ibrahim Ibn Tafalwit.

"Ibn Bajjah seorang ilmuan agung yang tiada bandingannya pada zamannya di Sepanyol."

Pada masa sama, beliau dikenali sebagai seorang ahli muzik dan pemain gambus yang handal. Namun, beliau juga seorang hafiz al-Quran dan terkenal sebagai seorang doktor.  Beliau turut berkebolehan dalam politik sehingga dilantik menjadi menteri pada masa Abu Bakar Ibrahim berkuasa di Saragossa. Selain itu, beliau menguasai ilmu matematik, fizik dan falak. Kemampuannya menguasai pelbagai disiplin ilmu menjadikannya seorang ilmuwan agung, malah dikatakan tiada bandingan di Sepanyol ketika itu. 

Dalam bidang falsafah misalnya, ada pihak mengatakan Ibn Bajjah diletakkan setaraf al-Farabi dan Aristotle.  Beliau mengemukakan gagasan falsafah ketuhanan yang menetapkan bahawa manusia boleh berhubung dengan akal fa'al melalui perantaraan ilmu pengetahuan dan pembangunan potensi manusia. Menurutnya, manusia boleh mendekati Tuhan melalui amalan berfikir dan tidak semestinya melalui amalan tasawuf yang dikemukakan Imam al-Ghazali.  

Dengan ilmu dan amalam berfikir, segala keutamaan dan perbuatan moral dapat diarahkan untuk memimpin serta menguasai jiwa. Usaha ini boleh menumpaskan sifat haiwaniah yang bersarang didalam hati dan diri manusia.  Berdasarkan pendapatnya, seseorang itu harus mengupayakan perjuangannya untuk berhubung dengan alam sama ada bersama-sama dengan masyarakatnya ataupun secara terpisah. Jika masyarakat tidak baik, seseorang itu harus menyepi dan menyendiri. Pandangan falsafah Ibn Bajjah ini jelas dipengaruhi idea al-Farabi. 

Pemikiran falsafah Ibn Bajjah ini dapat diikuti dalam 'Risalah al-Wida' dan kitab 'Tadbir al-Mutawwahid' yang secara umumnya adalah pembelaan kepada karya al-Farabi dan Ibn Sina kecuali bahagian yang berkenaan dengan sistem menyendiri dan menyepi.  Namun ada sesetengah pengkaji mengatakan kitab itu sama dengan buku 'Al-Madinah al Fadhilah' yang ditulis al-Farabi. Dalam buku itu, al Farabi menjelaskan pandangan beliau mengenai politik dan falsafah. Al- Farabi sewaktu membicarakan mengenai politik mencadangkan supaya sebuah negara kebajikan diketuai ahli falsafah diwujudkan . 

Satu persamaan yang ketara antara al-Farabi dengan Ibn Bajjah ialah kedua-duanya meletakkan ilmu mengatasi segala-galanya. Mereka hampir sependapat yang akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Malah, sebarang percubaan untuk memisahkan kedua-duanya hanya akan melahirkan masyarakat dan negara yang pincang. Jesteru, akal dan wahyu harus menjadi asas pembinaan sesebuah negara serta masyarakat yang bahagia.  Ibn Bajjah juga menulis buku berkaitan jiwa judul 'al-Nafs', namun ia banyak dipengaruhi gagasan pemikiran falsafah yunani. Oleh itu, beliau dikatakan banyak membuat ulasan terhadap karya dan hasil tulisan Aristotle, Galenos, al-Farabi dan al-Razi. 


SUMBER : HARIAN METRO 31 JAN 2013 (ADDIN)



Monday, 28 January 2013

Furai'ah : Kesabarannya membawa kebahagiaan

KESABARAN FURAI'AH MEMBAWA KEBAHAGIAAN

Permulaan kedatangan Islam ke Madinah telah membuka beberapa pintu hati untuk menerima ajaran suci yang dibawak oleh Nabi Muhammad SAW ini antaranya srikandi Furai'ah Binti Malik Bin Sinan al-Khudriyah. Ayahnya merupakan pejuang Islam yang unggul iaitu Malik bin Sinan.

KISAH KELUARGA .

Malik bin Sinan anak beranak berasal daripada kaum bani Khadrah. Selepas memeluk Islam, mereka tergolong antara orang-orang mulia dalam bani Ansar. Bapa Furai'ah sangat berani untuk berdepan dengan musuh Islam sambil membawa anak lelakinya Abu Sa'id. Namun Rasulullah SAW melarang Abu Sa'id untuk turut serta kerana faktor umurnya yang masih terlalu muda ketika itu, 13 tahun. Sewaktu di medan perang, Malik berasa sungguh sedih dan terluka hatinya apabila melihat tentera Muslimin lari kucar-kacir.  Malik melihat Rasulullah SAW terluka pada wajahnya akibat diserang tentera Musyrikin. Beliau mendekati  baginda lalu menghisap darah yang mengalir pada wajah baginda,kemudian beliau meneruskan perjuangan hingga terbunuh sebagai syahid.

SABAR MENGHADAPI DUGAAN .

Sebaik sahaja mendengar khabar tentang ayahnya, Firai'ah dan Abu Sa'id sangat sedih kerana mereka telah menjadi yatim piatu. Namun, tidak sesekali mereka berputus asa untuk meneruskan kehidupan walaupun ditimpa masalah kebuluran yang melampau.  Mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan. Abu Sa'id mengadu kepada Furai'ah lalu beliau menyuruh adiknya berjumpa dengan Rasulullah untuk meminta sesuatu yang diinginkan. Nescaya baginda tidak akan mengecewakan permintaan umatnya.

Ketika menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi, Abu Sa'id terdengar khutbah Nabi Muhammad yang terus menusuk jiwanya. Baginda telah mengucapkan sesuatu yang tepat dengan keadaannya ketika itu. Baginda dalam ucapannya bersabda : " Sesiapa yang menahan nafsu kerana Allah, nescaya Allah akan mencukupinya dan sesiapa yang meminta kekayaan kerana Allah, nescaya Allah akan memberikannya kekayaan. "

KURNIAAN REZEKI .

Abu Sa'id terus pulang menemui Furai'ah dengan rasa lapar. Furai'ah sangat gembira apabila adiknya membatalkan niat untuk berjumpa baginda sebaik sahaja mendengar khutbah tersebut. Mereka bersabar hinggalah Allah mengurniakan rezeki yang tidak putus-putus sebagai balasan keatas kesabaran mereka ketika ditimpa masalah .

Furai'ah dan saudaranya merupakan pejuang hadis yang unggul hingga menjadi rujukan para fuqaha' di segala penjuru. Ini keraana beliau adalah wanita yang terawal dibiat oleh Rasulullah dan sebaik-baik penghuni dunia.

Friday, 25 January 2013

Umm 'Umara

SEMANGAT UMM 'UMARA TIDAK PERNAH PUDAR.

Umm 'Umara terlibat dalam banyak peperangan antaranya ialah al-Hudaibiyyah, Khaibar, Hunain dan Peperangan Yamama. Namun peranan yang paling mulia ketika peperangan Uhud. Beliau menyertai peperangan tersebut bersama suaminya, Ghaziya dan dua orang anak lelaki. Tugas yang dipertanggungjawabkan adalah untuk memberi air kepada Mujahid yang cedera.  Seperti tertera dalam sejarah Perang Uhud, ketika Islam sedang menguasai perang dan melihat tentera Quraish lari meninggalkan medan perang, pasukan pemanah yang berada di atas bukit mula berkejaran mendapaatkan harta-benda rampasan perang sekali gus melanggar arahan Rasulullah SAW supaya tetap di posisi mereka diatas bukit.

PERTAHANKAN RASULULLAH SAW

Khalid bin Walid ( yang ketika itu belum lagi memeluk Islam), apabila melihat benteng pertahanan yang terbuka itu lantas mengepalai serangan balas ke atas Tentera Islam. Penguasaaan peperangan beralih kepada pihak Quraish. Dalam suasana kelam-kabut itu, ramai dikalangan Tentera Islam panik dan berundur, meninggalkan Rasulullah bersama-sama sekumpulan kecil para sahabat.  Di kalangan mereka ini termasuklah Umm 'Umara.  Melihatkan ramai daripada kalangan Tentera Islam yang berundur, Umm 'Umara lantas berlari ke arah Rasulullah dan mengangkat senjata demi mempertahankan baginda bersama-sama suami dan dua orang anak lelakinya.

Rasulullah menyedari yang Umm 'Umara tidak mempunyai perisai lantas baginda mengarahkan salah seorang daripada mereka yang sedang berundur supaya memberikan perisainya kepada Umm 'Umara yang sedang bertarung . Setelah mendapat perisai tersebut, Umm 'Umara mempertahankan Rasulullah menggunakannya bersama-sama dengan busur, anak panah dan juga pedang. Umm 'Umara diserang oleh tentera berkuda tetapi beliau tidak sekalipun gentar atau berasa gerun. Beliau kemudiannya telah berkata, ' Sekiranya mereka itu tidak berkuda seperti kami, nescaya telah kami hancurkan mereka, Insya-Allah'.  Abdullah Ibn Zayed, anak lelaki beliau telah mengalami kecederaan ketika perang tersebut. Ibunya berlari lalu membalut lukanya yang banyak itu kemudian memerintahkan anak lelakinya, " Maralah dan perangi mereka, anakku!".

Tiba-tiba lelaki yang telah mencederakan anak lelakinya mara dan Rasulullah SAW berkata kepada beliau bahawa inilah lelaki yang mencederakan anaknya. Setelah lelaki tersebut ditewaskan, Rasulullah kemudiannya berkata " Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kamu kemenangan dan menggembirakan kamu atas musuh kamu dan membolehkan kamu menuntut bela." Serangan tidak terhenti setakat itu, melihat Rasulullah sedang keseorangan, pihak musuh, Ibn Qumay'a segera menyerang sambil menjerit " Tunjukkan Muhammad kepadaku! Aku takkan selamat sekiranya dia diselamatkan!".

Lantas Mus'ab Ibn 'Umayr, bersama-sama dengan beberapa orang sahabat yang lain, bergegas mempertahankan Rasulullah. Umm 'Umara yang turut bersama-sama dengan mereka terus menetak musuh Allah itu, walaupun dia memakai dua lapis baju besi. Ibn Qumay'a berjaya menetakkan bahagian leher Umm 'Umara, meninggalkan luka yang teruk . Pada hari tersebut, Umm 'Umara menerima tiga belas luka dan luka dilehernya terpaksa dirawat selama setahun. Beliau kemudiannya juga menyertai Peperangan Yamama, dimana beliau menerima sebelas luka dan kehilangan tangan .

Rasulullah mengagumi semangat pengorbanan dan memuji beliau, " Siapakah yang boleh menanggung apa yang kamu mampu tanggung, Umm 'Umara!"

JADIKAN IKTIBAR

Mungkin kita tidak dapat menandingi perjuangan Umm 'Umara yang berada di zaman Rasulullah namun kita boleh menghampiri sifatnya yang tidak pernah kalah sebelum berjuang walaupun tugas sebenarnya adalah memberi air kepada mujahidin sahaja. Adaptasikan nilai-nilai perjuangan dalam kehidupan kita seharian, membantu dengan menyumbang wang ringgit kepada penderitaan rakyat disana yang sedang berperang mampu memberi nilai pertolongan yang sungguh indah.

Berilah sumbangan yang termampu kepada mereka. Jika tidak mampu anda mungkin boleh memboikot barangan yang dibuat oleh Isarael. Dengan cara itu sedikit sebanyak kita memberi amaran kepada mereka bahawa kita tidak menyukai peperangan. Mungkin boikot kita tidak membawa kepada kemerosotan ekonomi mereka namun sekurang-kurangnya kita telah mencuba yang terbaik untuk kita. Jika masih tidak mampu, berdoalah kerana doa adalah senjata umat Islam yang begitu ampuh untuk memusnahkan musuh Islam. Selepas solat lima waktu, sertakan sekali doa buat saudara seagama kita.  Allah akan sentiasa berada bersama kita tatkala memberi penghormatan kepada Umm 'Umara yang menjadi perisai kepada baginda, kita juga mampu menjadi perisai kepada umat Islam yang dilanda musibah.

Inilah kehidupan Umm 'Umara, pejuang yang tetap berdiri apabila ramai yang berundur, yang mengarahkan anaknya yang cedera parah kembali menyertai peperangan yang sengit, dan yang bersedia menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan Rasulullah SAW. Sebagai balasan, beliau menerima doa agar dijadikan dikalangan sahabat Rasulullah SAW disyurga. Moga Allah merahmati para Muslimah kita dengan keberanian, semangat pengorbanan dan istiqamah yang sedemikian .

SUMBER : MAJALAH NUR

Thursday, 24 January 2013

Ibnu Sina

Ibnu Sina, Doktor Islam Terulung

Sebelum kedatangan ilmu perubatan islam, belumada lagi kaedah perubatan yang betul-betul bernilai yang telah dipraktikkan di Eropah. Sememangnya telah diakui oleh semua ahli sejarah moden bahawa perkembangan ilmu perubatan Barat sebenarnya banyak diperngaruhi oleh perubatan Islam. Di Eropah pada abad ke-14 hingga ke-17 Masihi, ilmu perubatan Islam telah dikaji dengan teliti oleh penuntut-penuntut di Eropah dan baru seabad  yang lalu iaitu dalam abad ke-19 Masihi, perubatan Islam telah dihapuskan daripada kurikulum institusi pelajaran di sekolah dunia barat.

Berdasarkan daripada sejarah lama, Ilmu perubatan Islam telah bermula pada zaman Bani Umayyah (661-720M) tetapi kemajuan yang pesat dalam bidang perubatan berlaku pada zaman Abbasiyah (750-1258 M). Perkembangan sains dan ilmu perubatan mempunyai perhubungan erat antara satu sama lain kerana Islam amat mementingkan kesihatan umatnya.  Banyak ilmu perubatan Islam telah ditimba daripada sumber asing khasnya dari Parsi, Kristian, Yunani, India dan Mesir. Ini menyebabkan ilmu perubatan Islam lahir sebagai integrasi antara teori-teori perubatan Yunani, tradisi Hippokrates dan Galen serta pengalaman bangsa Parsi dan India. Perkembangan ilmu perubatan pada waktu tersebut juga telah melairkan ramai tokoh perubatan Islam seperti Ibn Maskawaih, Al-Razi, Abdul Qasim, Thabit Ibn Qurra dan ramai lagi.

Begitu juga dengan Ibnu Sina. Beliau merupakan salah seorang doktor Islam yang terulung juga lahir pada zaman tersebut.  Sumbangannya bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga buat sarjana Barat.

PEROLEH GELARAN AL-SYEIKH AL-RAIS

Menelusuri latar belakang dirinya, Ibnu Sina telah dilahirkan pada 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi. Nama sebenarnya ialah Abu Ali al-Hussain Ibnu Abdullah.. Di Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna.  Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Beliau juga turut mempelajari ilmu-ilmu yang lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fikah dan perubatan. Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan. Ibnu Sina mula dikenali ramai selepas beliau berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas Al- Samani yang gagal diubati oleh doktor lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran Al-Syeikh Al-Rais ( Mahaguru pertama).

Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam . Bukunya Al Qanun Fil Tabib diterbitkan diRom pada 1593 sebelum dialih bahasakan ke bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku tersebut telah dicetak ke dalam 15 bahasa. Pada abad ke-17,  buku itu dijadikan sebagai bahan rujukan asas di universiti Itali dan Perancis. Malah, sehingga abad ke 19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh pelajar perubatan.  Ibnu Sina juga menghasilkan buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama cara untuk mengubatinya.

Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja, malah hasil tulisannya juga turut merangkumi bidang dan ilmu yang lain seperti metafizik, muzik, astronomi, filologi (ilmu bahasa), syair, prosa dan agama. Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu menjadikannya sebagai seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya. Disamping terkenal dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki ranking tinggi dalam ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.

TEORI EMPAT UNSUR 

Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul Al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi aliran falsafah al-Farabi yang menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.  Perubatan Yunani berasasan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning ( yellow bile) dan hempedu hitam ( black bile).  Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur ini. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.

Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina turut menapis teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.  Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air , api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk , panas dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang ada dalam alam ini.  Ibnu Sina percaya wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan .

Pemikiran Ibnu Sina turut mencetuskan kontroversi dan disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al- Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat Al'Falasifah ( Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan Al-Farabi. Antara percanggahan yang diutarakan oleh Al-Ghazali ialah kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan Al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka. .

Walau apa pun pandangan yang dikemukana, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan Falsafah Islam tidak dapat dinafikan. Bahkan beliau dianggap sebagai seorang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam.

Sumber : Majalah I ( Dis 2012)

Nabi Dipelihara Di Desa Bani Saad

Desa Bani Saad terkenal sebagai kawasan paling kering berbanding kampung-kampung disekitarnya. Nanum, kedatangan anak kecil bernama Muhammad telah membawa keberkatan kepada keluarga Halimatus Saadiah dan penduduk Desa Bani Saad.

Keluarga Halimatus Saadiah mempunyai beberapa ekor kambung. Sebelum berangkay ke Kota Mekah untuk mengambil Muhammad sebagai anak susuan, kambing-kambing peliharaannya begitu kurus dan tiada susu. Tetapi setelah kehadiran Muhammad dalam keluarga itu, kambing-kambing mereka sudah mulai gemuk dan mengeluarkan banyak susu. Setiap pagi, kambing-kambing kepunyaan Halimatus Saadiah dilepaskan untuk mencari makanan.  Dan pulang kekandangnya dengan perut yang penuh dengan makanan. 

Jiran tetangga yang turut memelihara kambing berasa hairan, kerana kambing-kambing Halimatus Saadiah pulang dengan perut yang kenyang sedangkan kambing mereka masih lagi kelaparan . Kambing-kambing kepunyaan Halimatus Saadiah juga mengeluarkan susu yang banyak sedangkan kambing mereka masih kering susunya.  Mereka berasa iri hati lalu melepaskan kambing-kambing mereka ditempat dimana kambing Halimatus Saadiah dilepaskan dengan harapan kambing mereka turut mendapat makanan yang cukup dan mengeluarkan susu yang banyak . Tetapi mereka kehairanan kerana kambing2 mereka pulang dengan perut yang kempis sedangkan kambing2 Halimatus Saadiah pulang dengan perut yang kekenyangan. 

Halimatus Saadiah bersama suaminya Abu Khabsyah dan anak perempuan mereka bernama Asy Syima' berasa gembira dengan kehadiran Muhammad dalam keluarga mereka, Allah telah mencurahkan rezeki yang melimpah ruah tanpa dapat difikirkan bagaimana ianya boleh berlaku . Lantas, Halimatus Saadiah dan suaminya memelihara dan menjaga Muhammad dengan sempurna dan baik sekali . Mereka menyayanginya lebih daripada anak sendiri . Tambahan pula, Muhammad membesar dengan baik tanpa banyak menimbulkan masalah . 

ANAK YANG ISTIMEWA 

Desa Bani Saad terkenal dengan pemandangannya yang cantik dan udaranya yang bersih . Dan di desa itulah  Nabi Muhamad s.a.w dibesarkan hingga menjadi seorang anak yang sihat, cantik dan bersih kulitnya. Menurut Halimatus Saadiah, Nabi Muhammad mula disusui sejak umurnya beberapa minggu sehinggalah berhenti menyusu ketika berumur dua tahun. Proses pembesaran tubuhnya begitu luar biasa sekali. Ketika berusai dua tahun bahannya sudah begitu keras dan kuat . Muhammad membesar menjadi anak yang berbeza dengan teman yang sebaya dengannya. Badannya kuat dan tegap, wajahnya menawan kepada sesiapa yang memandangnya. 

Setelah genap dua tahun, Halimatus Saadiah merasakan tugasnya memelihara dan menyusukan Muhammad telah selesai. Kerana itu dia bercadang mahu menghantar Muhammad ke pangkuan bondanya Siti Aminah di Kota Mekah . Maka berangkatlah Halimatus Saadiah bersama suaminya Abu Khabsyah dan anak perempuannya Asy Syima' ke Kota Mekah dengan membawa Muhammad. Kemudian Halimatus Saadiah menyerahkan Muhammad kepada ibunya Siti Aminah. Alangkah gembiranya Siti Aminah apabila melihat anaknya yang sihat dan cantik wajahnya. Dia mengucapkan terima kasih serta memberi pelbagai hadiah kepada Halimatus Saadiah .

HATI KOSONG KERINDUAN 

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Desa Bani Saad, Halimatus Saadiah berasa seperti kekosongan. Perasaan yang sama dirasai Abu Khabsyah dan anak perempuan mereka Asy Syima'. Apabila masuk ke dalam rumah mereka rasa sunyi sepi tanpa kehadiran Muhammad Pada mulanya Halimatus Saadiah dan suaminya menyangka perasaan itu dirasai cuma beberapa ketika sahaja kerana baru berpisah dengan Muhammad. Namun sangkaan mereka meleset kerana rasa sunyi dan rindu itu semakin menebal. Perasaan itu bukan saja dirasai Halimatus Saadiah malah suaminya Abu Khabsyah turut berasa perasaan yang sama sejak ketiadaan Muhammad. 

Akhirnya Halimatus Saadiah berbincang dengan suaminya dan mereka mengambil keputusan untuk pergi semula ke Kota Mekah menemui Siti Aminah. Dalam pertemuan itu, Halimatus Saadiah dan suaminya merayu kepada Siti Aminah agar menyerahkan semula Muhammad untu dibawa ke Desa Bani Saad. Pada mulanya Siti Aminah berasa amat berat hati mahu melepaskan  anak kesayangannya itu.  Tambahan pula mereka baru saja bersama beberapa hari. Tetapi apabila melihat suami isteri itu begitu berharap dan Muhammad pula kelihatan begitu mesra apabila bertemu dengan keluarga susuannya membuat Siti Aminah tidak sampai hati menghampakan permintaan mereka. 

Setelah berbincang dengan bapa mertuanya, Abdul Mutalib, akhirnya Siti Aminah melepaskan semula anaknya Muhammad untuk dipelihara semula oleh keluarga susuannya selama beberapa tahun lagi. Muhammad dibawa pulang semula ke Desa Bani Saad. Kepulangannya bukan saja menggembirakan hati Halimatus Saadiah dan suaminya malah jiran tetangga juga. Nabi Muhammad s.a.w dibesarkan di perkampungan Bani Saad yang udaranya segar dan bersih. Bertutur bahasa Arab dengan pertuturan yang fasih kerana kabilah Bani Saad terkenal paling fasih bahasa Arabnya. 

MEMBELAH DADA

Beberapa tahun kemudian Muhammad menjadi seorang kanak-kanak yang cergas fizikal dan mentalnya, sihat tubuh badan dan fikirannya, keras semangat dan kemahuannya serta memiliki kecantikan paras dan rupa. Muhammad juga dikurniakan akhlak yang mulia dan budi pekerti yang baik sejak kecil lagi. Dia menjalani kehidupan yang amat sederhana bersama saudara susuannya iaitu anak-anak Halimatus Saadiah. Setelah berumur 4 tahun, Muhammad membantu keluarga angkatnya dengan memelihara kambing ternakan mereka. Halimatus Saadiah dan suaminya Abu Khabsyah membenarkan kerana Muhammad ketika itu sudah  berumur 4 tahun. Sejak Muhammad turut membantu memelihara kambing maka binatang ternakan keluarga Halimatus Saadiah itu semakin membiak.

Pada suatu hari salah seekor ibu kambing melahirkan anaknya. Muhammad berasa amat gembira lalu mengajak saudaranya melihat anak kambing yang baru lahir itu. Kandang kambing itu terletak dibelakang rumah. Mereka pergi ke situ untuk melihat anak kambing yang baru dilahirkan. Sedang Muhammad dan saudara susuannya asyik melihat anak kambing itu tiba-tiba tanpa disangka sangka menjelma dua orang lelaki kepala botak tetapi wajahnya cantik menawan memakai jubah putih lalu terus mendekati Muhammad. Kemudian Muhammad dibawa ke satu sudut agak jauh dari kandang kambing itu. Kedua lelaki itu membaringkan Muhammad ke tanah lalu menanggalkan baju, membelah dadanya serta mengeluarkan hatinya. Hati itu dibelah dan dibersihkan dengan air Zamzma daru bejana emas. Kemudian hati itu dimasukkan semula dan dada Muhammad dijahit. 

Apa yang berlaku terhadap Muhammad disaksikan oleh anak-anak Halimatus Saadiah. Mereka terkejut lalu terus berlari pulang mendapatkan Halimatus Saadiah di rumah mereka untuk menyampaikan berita tentang dua orang lelaki yang menangkap Muhammad itu. Wajah anak-anak itu pucat lesi dan tubuh mereka menggeletar kerana ketakutan. Halimatus Saadiah terkejut lalu segera pergi mendapatkan Muhammad. Meraka hairan kerana Muhammad nampak tenang cuma mukanya kelihatan pucat. Muhammad menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya. 

MUHAMMAD DALAM BAHAYA . 

Apa yang berlaku terhadap Muhammad itu amat membimbangkan hati Halimatus Saadiah dan suaminya. Tambahan pula beberapa hari kemudiannya beberapa orang Nasrani melihat Muhammad sedang bermain dengan kawan-kawannya. Mereka kelihatan tertarik hati melihat Muhammad lalu bertanya kepada Halimatus Saadiah mengenai anak dibawah jagaannya itu .Halimatus Saadiah tidak menjawab pertanyaan mereka kerana bimbang Muhammad akan diculik. Peristiwa Muhammad ditangkap dua orang lelaki yang tidak dikenali lalu dadanya dibedah dan pertanyaan orang-orang Nasrani tentang Muhammad itu, membuat Halimatus Saadiah yakin anak susuannya itu berada dalam keadaan bahaya. 

Beliau berbincang dengan suaminya lalu mencadangkan Muhammad diserahkan semula kepada ibunya Siti Aminah. Abu Khabsyah bersetuju dengan cadangan isterinya itu dan mahu penyerahan Muhammad kepada ibunya disegerakan. Keesokkan harinya Halimatus Saadiah bersama suami dan anak-anaknya berangkat ke Kota Mekah dengan membawa Muhammad.  Walaupun berat hati mereka untuk berpisah dengan anak itu yang telah dianggap seperti anak sendiri, namun itu perlu dilakukan demi untuk keselamatan Muhammad. Jika berlaku sesuatu terhadapnya pasti mereka akan dipersalahkan oleh Siti Aminah. 

Apabila sampai di Kota Mekah Halimatus Saadiah terus menuju ke rumah Siti Aminah. Apabila Muhammad diserahkan, Siti Aminah berasa hairan lalu bertanya apa yang berlaku . Halimatus Saadiah menceritakan apa yang telah berlaku terhadap Muhammad. Bagi mendapat penjelasan selanjutnya, maka Siti Aminah bertanya pula kepada Muhammad.  " Dua orang lelaki berpakaian putih telah datang kepadaku. Mereka terus menangkap saya lalu dibawa ke suatu tempat. Kemudian saya dibaringkan ke atas tanah lalu mereka membedah perut dan dada saya," Terang Muhammad, lalu menceritakan bagaimana kedua lelaki itu mengeluarkan hati lalu membedah serta membasuhnya dengan air zamzam yang diisi dalam bejana emas.

" Kami bimbang sesuatu yang buruk berlaku terhadap Muhammad. Kerana itu kami mahu menyerahkan semula kepada ibunya," Kata Halimatus Saadiah pula. Siti Aminah tidak terkejut mendengarnya lalu berkata. " Sesungguhnya anakku ini akan menjadi orang besar dikemudian hari. Ketika aku mengandungkannya, aku melihat sinar cahaya keluar dari perutku. Kemudian sinar tersebut naik ke atas sehingga aku boleh melihat istana-istana Busra di Syam terang berderang dengan cahaya. Demi Allah, selama aku mengandungkan Muhammad, aku merasakan kandunganku ringan dan tidak membebankan saya untuk bergerak kemana-mana. Saya tidak berasa sakit ketika melahirkannya. Setelah lahir Muhammad mendongak ke langit. "

Sumber dari Majalah i ( Dis 2012) 

Thursday, 20 December 2012

Sumayyah Binti Khiyat


Dia adalah salah seorang daripada para wanita yang pertama masuk Islam dan salah seorang dari lapan orang yang menampakkan keIslamannya pada dekad pertama . Pada waktu itu orang-orang Quraisy pasti akan menyeksa setiap orang yang beriman terutama dari golongan orang-orang yang lemah . Bahkan penyeksaan mereka itu dilakukan secara berleluasa, dengan berbagai bentuk dan cara penyeksaan yang mengerikan . 

Sumayyah, ibu Ammar bin Yasir ra juga termasuk orang-orang yang mendapat seksaan mereka. Biasanya ketika matahri tepat berada di atas ubun-ubun, hamparan pasir membara kerana panas, maka orang-orang Bani Makhzum keluar menjemput Sumayyah, Ammar anaknya dan Yasir suaminya. Mereka membawa keluarga ini ke tengah padang pasir, memasang baju besi ke tubuh mereka, minumbun tubuh mereka dengan pasir yang panas kerana sengatan matahari dan melempari mereka dengan batu .

Namun Sumayyah tetap kuku, sabar dan teguh dalam keimanan, meskipun menghadapi seksaan seperti itu . Dia tidak mahu menuruti tuntutan mereka untuk kufur setelah beriman .
Jiwa Nabi Muhammad saw terasa pilu dan kasihan terhadap nasib yang menimpa keluarga Yasir, yang terpaksa menerima berbagai bentuk seksaan yang keras.  Baginda hanya mampu berkata kepada Sumayyah yang perkataan baginda ini terasa seperti curahan air hujan yang menghidupkan tanah tandus. " bergembiralah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya tempat yang dijanjikan kepada kalian adalah syurga". 

Itulah Syurga wahai Sumayyah, yang disana engkau akan meneguk kenikmatan dan kesenangan, siap menyambut kedatanganmu. Itulah syurga wahai keluarga Yasir.  Rasulullah telah menyampaikan khabar gembira kepada kamu . Setelah itu semua terasa remeh dan segala seksaan di jalan Allah terasa ringan . Jiwa-jiwa yang telah beriman ini semakin kukuh menghadapi seksaan, kerana mencari keredaan Allah dan rindu akan syurga-Nya. 

Abu Jahal semakin naik pitam kerana keteguhan hati wanita ini, kekuatan imannya dan kekukuhannya berpegang kepada akidahnya. Maka dari itu dia pun meningkatkan seksaannya.  Sumayyah menoleh untuk melihat tarikan nafas suaminya yang tinggal satu-satu kerana menahan beratnya seksaan . Namun Yasir tetap tersenyum ke arah isterinya Sumayyah, di hujung hayatnya, Dia berkata, " Sesungguhnya aku sedang pergi ke sana wahai Sumayyah . Aku sedang pergi kepada Tuhanku..."

Akhirnya tubuh diam tidak bergerak hingga hari berbangkit. Sumayyah memandang hiba ke arah suaminya, disertai linangan air mata. Dia memandang lagi untuk terakhir kalinya, seraya berbisik, " Kepada rahmat Allah wahai Yasir dan kepada syurga-Nya yang luas terbentang". 

Abu Jahal menikmati pemandangan yang memilukan ini dihadapannya. Di kedua matanya memancar kesenangan dan cemuhan. Sumayyah memandang Abu Jahal dengan sikap acuh tak acuh . Sementara itu lidahnya membisikkan beberapa ayat Allah .

Abu Jahal memungut tombak kecilnya, lalu menghalakan ke tubuh Sumayyah yang suci itu .  Dalam keadaan seperti itu dia masih sempat untuk berkata kepada anaknya Ammar, " Sampai bertemu lagi di Syurga Allah yang luas wahai anakku..." Abu Jahal telah membunuh Sumayyah kerana dia menolak untuk tunduk kepadanya kecuali kepada Allah semata.

Dada wanita yang mulia ini melepaskan nafasnya yang terakhir. Alam mengulang-ulang bacaan Lailaha ilallah Muhammad Rasulullah, yang menyertai pemergian wanita yang pertama sekali mati syahid di dalam Islam ini .

Tuesday, 4 December 2012

Imam As- Syafie

Riwayat Hidup 
  • Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris
  • Beliau digerlar " As-Syafie" sempena nama datuknya, Syafie bin Saib
  • Imam Al-Syafie dilahirkan pada tahun 150 Hijrah bersamaan dengan 767 Masihi di Ghazzah, Palestin.
  • Beliau berasal dari keturunan Rasulullah S.A.W pada sebelah datuknya, Abdul Manaf ( datuk ketiga Nabi Muhammad s.a.w adalah datuk ke sembilan)
  • Imam as-Syafie adalah seorang imam mazhab yang keempat iaitu pengasas "Mazhab Syafie"
  • Imam as- Syafie meninggal dunia pada tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820 Masihi ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah, Mesir.
Peribadi :
  • Imam As-Syafie seorang yang berpandangan jauh, berhati mulia dan bercita-cita tinggi 
  • Beliau beruasaha dengan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan. 
  • Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada dalam tingkah laku, berpakaian atau cara makan
  • Beliau juga merupakan seorang yang bijak berbicara sehinggakan dirinya terlepas daripada hukuman pancung.
  • Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang mengajarnya. 
  • Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan . usia remajanya dihabiskan dengan menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manfaat . 
  • Imam As- Syafie mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai bidang .
  • Imam As-Syafie seorang hartawan yang sangat pemurah . Beliau sentiasa menolong orang yang memerlukan bantuan . 
Pendidikan 
  • Imam As-Syafie rahimullah mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kanak-kanak lagi . Ketika berusia 9 tahun , beliau hafaz al-Quran
  • Diwaktu umur 12 tahun, beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muwaththa, karangan Imam Malik dan seterusnya berguru dengan imam Malik ketika berusia 20 tahun
  • Imam As-Syafie belajar dan mendalami bahasa dan kesusteraan Arab sehingga mahir dalam bidang penulisan .
  • Beliau menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram .
  • Imam As-Syafie bermusafir ke Makkah, Madinah, Yaman , Iraq dan negara-negara lain dengan tujuan untuk menuntut ilmu . Antara ilmu-ilmu yang dipelajarinya termasuklah ilmu hadis, ilmu fikah dan Al-Quran .
  • Imam As-Syafie sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian iaitu :-
       i) 1/3 malam untuk berehat
       ii) 1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan
      iii) 1/3 malam untuk beribadat
  • imam as-Syafie berusaha dengan gigih dalam mununtut ilmu . Akhirnya, beliau muncul sebagai imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan dapat memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada umat islam . 
Sumbangan
  • Imam as-Syafie adalah ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada Al-Quran, Hadith, ijmak ulama, Qias dab Masolih Al-Mursalah
  • Pendapat Imam As-Syafie diterima oleh sebahagian besar orang-orang islam kerana segala fatwanya sesuai dengan suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu kaum.
  • Antara kitab-kitab karangannya yang termashyur termasuklah bidang dalam usul Fikah, Kitab yang membicarakan dengan jelas tentang cara mengambil hukum daripada Al-Quran dan Hadis. 
  • kitab- kitab tersebut ialah :-
    * Abtal Al-Istihan
    *Ahkam Al-Quran
    *Ar-Risalah
  • Dalam bidang fikah, kitab yang membicarakan hukum-hukum fikah. Kitab tersebut ialah:
    * Al-mukhtasar Al-Kabir
    * Al-Mukhtasar As-Saghir
    *Al-Farid
    *Al-umm
  • Dalam bidang hadis, beliau telah menyusun sebuah kitab menjelaskan tentang perselisihan hadis-hadis nabi . Kitab-kitab tersebut ialah :-
    *Al-masnad
    *Al-Amali
    *Ikhtilaf al-hadis
  • Selain itu, beliau juga telah menghasilkan berbagai-bagai bidang jenis kitab dalam bidang ilmu tafsir, akhlak, ilmu falak, ilmu kedoktoran dan lain-lain yang memberi sumbangan yang besar kepada ahli fikir islam . 
  • Mazhab As-Syafie berkembang dengan pesat di Afrika utara, Mesir, Indo china, sri Lanka, Armenia , Kurdistan dan dikepulauan melayu, indonesia, singapura dan Malaysia