*Hijrah Rasulullah, Pengorbanan
Hijrah Rasulullah, Perubahan
Hijrah Rasulullah, Perpaduan,
Hijrah Rasulullah, Penyatuan.
Turunnya perintah kukuhkan maruah,
Bentengnya dirempuh musyrikin angkuh,
Ancaman memuncak amarah meninggi,
Perasaan benci menjadi-jadi
Kaum madinah menanti dengan sabar,
jaminan sejahtera Rasulullah dan sahabat.
Musyrikin menentang menggagalkan hijrah,
Merancang membunuh Rasulullah,
Rumah yang dikepung puluhan pemuda,
Sedia menyerbu tika lena,
Sayyidina Ali menggantikan tempat nabi,
Takut dan bimbang kini tiada lagi
Tanpa rasa ragu Muslimin bersatu,
Meninggalkan Mekah menuju Madinah
Abu bakar setia menemani Rasul
Di malam gelita memanjat Gua Thur
repeat *
** Hijrah Rasulullah, Kemuliaan,
Hijrah Rasulullah, Kemajuan,
Hijrah Rasulullah, Kecintaan,
Hijrah Rasulullah, Kekuatan
Sederap melangkah tinggalkan semua,
Harta dan kuasa seisi keluarga
Hijrah yang dihalang mengundang semangat
Demi memastikan Islam mekar,
Hari bersilih malam berganti
Quba menjadi saksi iman Nabi
Di Quba terbina masjid yang pertama
Atapnya aqidah lantainya taqwa,
Meningkat tekad erat perpaduan,
mendorong sahabat meneruskan
Langkah demi langkah menuju Madinah,
kota sejahtera haruman semerbak
Dari kejauhan telah kedengaran,
Suara kesyukuran bersahut-sahutan
repeat *
repeat **
Semoga kehidupan kita akan selalu dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t
Wednesday, 6 March 2013
Lirik lagu Dialah Rasulullah- Hafiz Hamidun
* Solla 'Alaikallah
Ya adnani
Ya mustofa Ya sofwatarrahmani
Hadzal ghulamattoyyibal Ardani
Dialah kekasih,
Dia yang terpuji,
Dia disayangi,
Dia diingati,
Dahulu sehingga kini,
Rindu dan cintanya kekal abadi,
repeat *
Tiada berbapa,
Tiada beribu,
lambang ketabahan,
Si yatim piatu,
Dialah Muhammad Abdullah,
Nabi terakhir
Dialah Rasulullah
repeat *
Selawat dan pujian
setinggi ingatan.
repeat *
Ya adnani
Ya mustofa Ya sofwatarrahmani
Hadzal ghulamattoyyibal Ardani
Dialah kekasih,
Dia yang terpuji,
Dia disayangi,
Dia diingati,
Dahulu sehingga kini,
Rindu dan cintanya kekal abadi,
repeat *
Tiada berbapa,
Tiada beribu,
lambang ketabahan,
Si yatim piatu,
Dialah Muhammad Abdullah,
Nabi terakhir
Dialah Rasulullah
repeat *
Selawat dan pujian
setinggi ingatan.
repeat *
Sunday, 3 March 2013
Teruskan Perjuangan
Bismillahirrahmanirrahim .
Allahuakhbar ! Allahuakhbar ! Allahuakhbar ! Sedih hati ini mendengar berita bahawa pejuang tanah air ini ada lagi yang gugur di medan perang . Kesemua PERWIRA NEGARA yang telah terkorban ialah 8 orang . Allahuakhbar :'( Semoga yang terkorban ini syahid milik kamu . Ya Allah, tempatkanlah mereka dalam golongan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang syahid di jalanMu. Jasamu tetap dikenang oleh Negara .
Ya Allah, Engkau selamatkanlah dan lindungilah para pejuang kami ya Allah . Kau permudahkanlah urusan mereka di medan perang . Berikanlah kami kemenangan . Bukakanlah pintu hati penceroboh agar mereka undur dan serah diri .
Jangan ada lagi darah pejuang kami yang tumpah ya Allah . Nak menangis rasa membaca berita-berita terkini tentang para pejuang kami yang telah terkorban ya Allah . Sayu melihat keluarga-keluarga para pejuang yang telah meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Anak salah seorang daripada pejuang yang telah terkorban mengatakan yang bahawa ayahnya meninggal terkena bom . Allah ! Sayu melihat anak kecil itu berbicara seperti itu . Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa . Dan telah kehilangan seorang ayah yang merupakan seorang PERWIRA tanah air ini.
Buat para pejuang yang sedang berjuang di Sabah, kami disini hanya mampu berdoa akan keselamatan kalian semua dan berdoa agar kemenangan milik kita . Kamu adalah PERWIRA NEGARA ! kami BANGGA dengan PERWIRA kami yang sanggup korbankan nyawa demi mempertahankan negara tercinta kerana Allah SWT . Teruskan perjuangan kamu wahai PERWIRA NEGARA .
Allah akan sentiasa berada disisi kamu semua. Berjuanglah dengan kalimah Lailahaillallah muhammadarrasulullah , Allahuakhbar ! Semoga Allah permudahkan urusan kalian dalam mempertahankan negara tercinta daripada penceroboh ! Allahuakhbar ! Allahuakhbar ! Allahuakhbar !

Teruskan berjuang WIRA NEGARA
Bismillahirrahmanirrahim .
Assalammualaikum sahabat-sahabat ana . Marilah kita semua berdoa agar WIRA2 NEGARA kita dan penduduk di sabah selamat dan berada dibawah lindungan Allah SWT . 2 WIRA NEGARA sudah gugur syahid di medan perang . Allahuakhbar. Semoga roh mereka dicucuri rahmat olehNya. Dengar berita seorang lagi WIRA NEGARA terkorban malam tadi . Ini menjadikan jumlah WIRA NEGARA yang telah gugur syahid ialah 3 orang . Allahuakhbar ! Sedih dan nak menangis dengar berita ini . :'( Jasamu dikenang wahai WIRA NEGARA .
Kepada WIRA2 NEGARA yang sedang berjuang, teruskan perjuangan mu mempertahankan negara tercinta ini ! Allah sentiasa bersama kamu semua in shaa Allah . Kuatkan semangat juang kamu wahai WIRA NEGARA !
Sedih, sayu hati dan nak menangis hati ni mengenangkan nasib penduduk disabah dan WIRA2 yang sedang berjuang ! Semoga mereka semua selamat dan berani berjuang demi mempertahankan negara tercinta ini . Kita yang di sini sudah berasa takut dengan hanya mendengar berita-berita. Apatah lagi penduduk sabah disana yang duduk berhampiran dengan lahad datu ? Pasti mereka tidak lena tidur dek terkenangkan nasib mereka. Allahu akhbar. ! Mereka pasti lagi takut . Penduduk disabah dan para pejuang negara, Jangan takut ! In shaa Allah, Allah akan terus bersama kamu semua ! Kami disini mendoakan agar semuanya selamat dan moga kita berjaya dalam misi mempertahankan negara dari penceroboh !
"Ya Allah ya Tuhanku kau lindungilah mereka yang berjuang di Sabah tatkala kami sedang enak menjamu selera tidur lena dibuai mimpi sedangkan mereka mempertaruhkan nyawa untuk negara. Kau lindungilah mereka ya Allah . Kuatkanlah semangat juang mereka..."
" Ya Allah, selamatkanlah para pejuang kami dan penduduk disabah . Kau berikanlah kami kemenangan ya Allah . Permudahkan segala urusan mereka yang sedang berjuang mempertahankan negara tercinta ini . Semoga mereka semua berada dibawah lindungan Mu ya Allah . Engkau berikanlah mereka kekuatan untuk menghadapi penceroboh ya Allah . Mudah-mudahan tiada lagi nyawa pejuang kami yang terkorban . Selamatkanlah mereka ya Allah " Aminn....
Kamu diwajibkan berperang (untuk menengtang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci ; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu , dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu . Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya " - (Al-Baqarah 2:216)

Wednesday, 27 February 2013
Api neraka 70 kali ganda lebih panas
Api neraka 70 kali ganda lebih panas
Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya Allah mengutuskan Malaikat Jibril untuk bertemu dengan Malaikat Malik yang bertanggungjawab menjaga pintu neraka. Tujuannya adalah untuk meminta Malaikat Malik membawa api neraka itu kepada Nabi Adam agar dapat digunakan untuk memasak dan keperluan-kepeluan lain.
Lalu Malaikat Jibril berkata : "Wahai Malik, aku diutuskan oleh Allah untuk mengambil api neraka bagi kegunaan Nabi Adam." Kemudian Malaikat Malik kemudiannya bertanya : " Wahai Malaikat Jibril, berapa banyakkah yang kamu inginkan ? Jibril menjawab : " Bawakan sebesar sebiji kurma." Lantas Malaikat Malik berkata : "Tahukah kamu wahai Jibril andainya aku berikan kepada kamu api nereka sebesar biji kurma, nescaya akan hancur lebur tujuh petala langit dan bumi disebabkan kepanasan api neraka itu."
Maka berkata Jibril : " Jika begitu yang terjadi, maka berikanlah kepadaku separuh daripada biji kurma." Malaikat Malik kemudiannya menjawab : "Andainya aku berikan separuh daripadanya sebagaimana yang kamu pinta, ketahuilah bahawa langit tidak akan menurunkan hujan, walaupun setitis air kerana panasnya api itu. Lantaran itu, juga bumi tidak akan ditumbuhi oleh tanaman dan menjadi kering kontang."
Lantaran penjelasan Malaikat Malik itu, Jibril berdoa pada Allah untuk memohon petunjuk : "Wahai Tuhanku, sebanyak manakah yang sepatutnya aku ambil daripada neraka." Allah menjawab doa Jibril dengan berfirman : " Ambillah ia sebesar biji sawi." Kemudian Jibril mengambil api neraka daripada Malik sebesar biji sawi dan membawanya kesyurga untuk dibasuh di 70 sungai.
Kemudian Jibril turun ke bumi dan meletakkannya diatas gunung yang tinggi. Sebaik saja Jibril meletakkannya, maka hancur lebur gunung itu menjadi rata dan api itu dikembalikan semula ke tempat asal. Yang tinggal hanyalah asapnya saja melekat pada batu. Daripada kisah diatas, dapat kita bayangkan betapa panasnya api neraka yang diciptakan Allah SWT berbanding api yang ada didunia ini.
Seksa orang ingkar
Harus diingat, api neraka yang panas itulah yang disediakan untuk menyeksa orang yang ingkar, kufur dan mereka yang suka melakukan maksiat serta tidak mempedulikan peringatan Allah. Dalam sebuah hadis riwayat, ada menyatakan bahawa Jibril datang berjumpa dengan Rasulullah SAW dan baginda bertanya kepada Jibril : "Wahai Jibril, terangkanlah kepadaku tentang sifat-sifat api neraka."
Jibril menjawab : " Sesungguhnya Allah SWT menjadikan neraka dan yang dinyalakan selama seribu tahun hingga menjadi merah menyala. Kemudian ia dinyalakan lagi sehingga warnanya berubah menjadi putih. Kemudian dinyalakan lagi selama seribu tahun sehingga warnanya berubah menjadi hitam pekat bagaikan malam yang gelita. Tidaklah padam nyalaan api itu dan tidak pula mati baranya. "
Bayangkanlah dengan akal fikiran yang telah Allah kurniakan, jika seketul api neraka yang sebesar biji kurma itu dapat menghancurkan tujuh petala langit dan bumi, manakala seketul api neraka sebesar biji sawi yang telah dibasuh dengan 70 buah sungai dapat meranapkan gunung yang tinggi.
Bagaimana pula agaknya dengan keadaan manusia yang dibakar oleh Allah pada hari akhirat kelak dengan keadaan api neraka yang turun menjunam? Mereka adalah orang yang mensyirikkan Allah, tidak mempedulikan apa yang disyariatkan Allah serta berlaku zalim sesama insan.
Sesungguhnya apabila tiba hari Akhirat dan pembalasan, maka semuanya sudah terlambat. Tiada lagi rintihan dan rayuan akan didengari. Yang tinggal hanya pekikan serta jeritan kepedihan menanggung azab yang tidak terperi. Alangkah seksanya mereka yang menerima pembalasan buruk pada hari Akhirat kelak.
Marilah kita manadah tangan dan sentiasa berdoa agar dengan rahmat dan kasih sayang Allah kita dijauhkan daripada api neraka yang membakar ini sebagaimana maksud surah al-Furqan ayat 65-66 yang bermaksud:-
"Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab neraka Jahanam daripada kami, sesungguhnya azabnya itu amat mengerikan. Sesungguhnya Jahanam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman,"
OLEH : IMAM MUDA HASSAN ADLI YAHAYA
Monday, 18 February 2013
Kota Thaif dan Buah Zaqqum
Negara Arab Saudi terkenal dengan iklim dan cuaca panas. Maklumlah dataran Arab memang ditakdirkan Allah SWT dengan sedemikian rupa. Tetapi jangan hairan dan takjub dengan sebuah kota bernama Thaif. Jika di Malaysia, mungkin seperti Cameron Hihglands, yang dianugerahkan dengan suhunya yang sejuk dan dingin. Thaif adalah sebuah daerah yang lokasinya hanya 80 kilometer dari Mekah, tetapi mempunyai iklim yang sungguh berbeza dengan Mekah. Di Mekah, mungkin orang ramai terbiasa dengan suhu panas sehingga melebihi 40 darjah celcius pada umumnya. Jarak di antara Mekah dan Thaif hanyalah sejam lebih perjalanan menaiki kenderaan biasa.
Thaif terkenal sebagai pengeluar produk sayur-sayuran dan buah-buahan di Arab Saudi. Thaif diberkati Allah SWT dengan kesuburan tanahnya walaupun komposisi tanahnya yang berbatu lebih banyak. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang terdapat dipasar tradisionalnya melimpah ruah dan segar. Segala jenis buah-buahan dan sayur-sayuran berada di Thaif termasuk penghasilan buah delima yang sangat terkenal. Semua produk tersebut diedarkan diseluruh Arab Saudi dan lain-lain negara di Tanah Arab.
Untuk memasuki Thaif, diperlukan keizinan khusus dan pemeriksaan yang cukup ketat. Ini mungkin kerana disana terdapat akedemi tentera dan gedung senjata kerajaan Arab Saudi. Thaif dikelilingi oleh pergunungan yang sekali gus mempengaruhi iklim dingin dan sejuk. Dahulunya, Thaif sekadar mengingatkan kisah pengusiran baginda Nabi Muhammad SAW dan dilempar betu oleh musuhnya. Kini daerah ini pula tumbuh subur pokok zaqqum, pokok yang dipenuhi duri tajam dan besar.
Apakah gerangan pokok zaqqum ini ? Adakah ia sama dengan pokok ghorqod Yahudi ? Atau apakah hikmah disebalik pohon zaqqum yang tumbuh di Thaif dengan pokok zaqqum di neraka ? Firman Allah SWT bermaksud : Dan (demikian juga kami jadikan) pokok yang dilaknat (zaqqum) didalam al-Quran dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran), maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau-lampau . (al-Israa' :60) Firman Allah SWT lagi yang bermaksud : Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang zalim (didunia dan azab seksa bagi mereka diakhirat). (as-Saaffat : 63)
Manakala firman Allah SWT bermaksud : (ingatlah), sesungguhnya pokok zaqqum (buahnya) menjadi makanan bagi orang-orang yang berdosa (dalam neraka) , makanan ini pula panas, seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya . (ad-Dukhan :43-46) Firman Allah SWT bermaksud : Sebenarnya ia (zaqqum) sebatang pohon yang tumbuh didasar nereka yang marak menjulang. Buahnya seolah-olah kepala syaitan-syaitan. (as-Saaffat : 65-65)
Seperti dimaklumkan, syaitan sentiasa melihat kita sedangkan kita tidak dapat melihatnya. Syaitan mendengar apa yang kita katakan sedangkan kita tidak merasa akan bisikannya. Iblis laknatullah menggoda manusia dengan cara yang halus dan tidak dirasai manusia. Rasulullah SAW bersabda bermaksud : " Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia seperti berjalan atau mengalirnya darah. "
Daripada Abu Hurairah ra katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud : " Syaitan mengikat tengkuk salah seorang kamu (setiap orang) ketika tidur pada waktu malam dengan tiga ikatan. Apabila orang yang tidur itu bangun daripada tidurnya kemudian dia mengingati Allah SWT (membaca doa bangun tidur), maka terbukalah satu ikatan. Jika dia berwudhuk, terbukalah satu ikatan lagi,dan jika dia mengerjakan solat (subuh) , terbukalah ikatan yang ketiga, sehingga dia menjadi sihat dan cergas. Kalau tidak melakukan yang tiga itu, dia merasakan rimas atau malas. " Demikianlah bahaya yang ditimbulkan oleh Syaitan .
SETITIK ZAQQUM
Berbalik kepada pokok zaqqum, Rasulullah SAW bersabda bermaksud : " Seandainya setitik daripada zaqqum dititikkan didunia nescaya akan menghancurkan kehidupan semua penghuninya. Lalu bagaimana dengan keadaan orang yang menjadikan zaqqum sebagai makanannya ?" (riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dalam sunannya, kitab az-zuhud, bab shifat an-Nar).
Walaupun pokok zaqqum tidak sama dengam pokok ghorqod, tetapi orang-orang Yahudi sudah terkenal dan suka menanam dan memelihara pokok ghorqod dan kini telah banyak terdapat dan ditanam oleh mereka, khususnya di bumi Palestin, bahkan pokok tersebut diedarkan ke seluruh Amerika Syarikat .
Rasulullah SAW bersabda bermaksud : Tidak akan terjadi kiamat hingga kaum Muslimin memerangi kaum yahudi, lalu membunuh mereka, sehingga seorang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pokok, lalu batu dan pohon itu berkata : Hai Muslimin, hai hamba Allah, ini Yahudi dibelakangku, kemarilah, bunuhlah dia kecuali pokok ghorqod, maka itu adalah daripada pokok-pokok Yahudi. (riwayat muslim)
Begitu juga tanah Palestin adalah warisan umat Islam sejagat sejak Zaman berzaman daripada para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah SWT.

SUMBER : HARIAN METRO (MEGA AGAMA)
Sunday, 17 February 2013
Solat terapi jiwa paling berkesan
Ketika diri berasa tidak aman dan tidak tenteram,pasti ada sesuatu yang melanda kesejahteraan jiwa dan memerlukan kita untuk bermuhasabah diri. Menerusi muhasabah diri, kita akan mengenal pasti dimana tingkat jiwa kita. Jiwa disebut dalam al-Quran sebagai "Nafs". Nafs dinyatakan sebanyak 295 kali ini merujuk kepada roh, jiwa, diri, nyawa. Tentu sekali ia juga berkait dengan kehidupan dan kematian seorang insan.
Ulama pada zaman dulu mengkelaskan tingkatan jiwa atau nafsu yang berbeza-beza dan wujud dalam diri manusia. Ulama membahagikan nafsu dan jiwa ini kepada tujuh bahagia. :-
1. Nafsu Amarah .
Nafsu pada peringkat ini adalah nafsu yang belum terasah dan teracu. Jiwanya kotor dan memberontak. Apabila melakukan perbuatan disa, dia tidak berasa itu dosa. Kemudian, dia melakukan pelbagai kesalahan dan penganiayaan, tetapi malangnya dia langsung tidak berasa bersalah. Ulama menyifatkan jiwa mereka seperti haiwan yang membuang najsi tetapi tidak beristinjak dan tidak pula berasa kotor. Dia makan sembarangan hinggakan hak orang lain pun diambil. Kumpulan ini berada ditahap jiwa kacau yang paling kritikal. Mereka berasakan mereka bahagia tetapi sebenarnya menipu diri sendiri. Hati mereka gelap kerana tidak pernah cuba mencari terapi untuk jiwa yang kosong.
2. Nafsu Lawwamah
Pada peringkat ini, orang yang memiliki jiwa ini akan selalu rasa sesal atas perbuatan atau dosa yang dilakukan. Namun, sayangnya, setelah bertaubat, dia masih mengulang kembali dosanya. Jiwanya tidak sekeras jiwa yang berada pada tingkat AMarah. Cuma jiwanya harus dibentuk dan dibentukan lagi. Jiwanya kacau ketika cuba berperang dengan ajakan serta godaan untuk kembali menulang dosanya.
3. Nafsu Mulhammah
Mungkin anda pernah memiliki teman, atau mungkin anda sendiri mengalami keadaan apabila anda atau teman mengalami perubaan yang semakin balik. Perubahan ini adalah kerana adanya pengalaman buruk. Misalnya, orang yang mengalami gangguan fungsi hati yang menyakitkan kerana minuman keras. Hasilnya, orang itu menjadi insaf dan tidak minum arak lagi. Atau seorang kaki judi yang jatuh miskin dan muflis akibat kekalahan. Akhirnya kehidupannya hancur, isterinya dikahwini lelaki lain manakala anaknya diberikan kepada orang. Dia sedar dan bertaubat. Nafsu Mulhammah secara ringkasnya boleh diertikan sebagai nafsu yang diilhamkan oleh sesuatu yang lain .
4. Nafsu Muthmainnah
Katakan si pemabuk tadi mempertahankan kesedarannya dan bertekad untuk terus menjadi baik. Tiba-tiba dia bertemu rakannya yang pernah menjad teman baik ketika menjadi pemabuk dulu dan dia diajak untuk kembali meminum arak. Namun, dia tetap utuh dengan pendiriannya kerana jiwanya kini tenang. Kesedaran baiknya tidak goyah oleh godaan berkenaan. Maka, tergolonglah dia dalam kalangan mereka yang berjiwa Muthmainnah.
5. Nafsu al-Radhiyah.
Jika jiwa menjadi tenang, apa saja ujian yang menyakitkan tidak menjadi mudarat kepadanya. Malah, rasa sabar terhadap ujian itu meningkatkan iman serta darjatnya disisi Allah. Jiwanya akan sentiasa redha dengan segala ketentuan Allah kepadanya.
6. Nafus al-Mardhiyah
Setelah redha atau ikhlas dengan apa saja yang diturunkan Allah, kini tiba masa dia diredhai Allah. Apa saja yang ingin dilakukan akan diredhai Allah kerana setiap tindakannya dibimbing oleh wahyu dan syariat. Segala perbuatannya terlindung daripada perbuatan yang tidak diredhai.
7. Nafsu Kamilah
Ini adalah tingkat nafsu yang paling sempurna dan jarang manusia memiliki nafsu dan jiwa seperti ini. Nafsu dan jiwa ini dimiliki oleh Rasul, Nabi dan orang Soleh. Individu ini dicatatkan sebagai ahli Syurga. Jadi, berdasarkan tingkat nafsu ini, dimanakah agaknya kedudukan jiwa kita sekarang ? Kekacauan jiwa perlu diubati sebaik mungkin kerana ia boleh mengundang pelbagai konflik sama ada diri sendiri mahupun orang di sekeliling.
Penyakit jiwa tidak dapat dipulihkan orang lain melainkan diri sendiri . Terapilah jiwa dengan mendekatkan kembali diri kepada Allah. Tunaikan solat pada awal waktu, biasakan diri dengan amalan sunat. Allah sebaik-baik penjaga hati dan jiwa. Allah jugalah yang menghilankan segala kegelisahan yang bertaut didalam diri.

"Kekacauan jiwa perlu diubati sebaik mungkin kerana ia boleh mengundang pelbagai konflik sama ada pada diri sendiri mahupun orang disekeliling "

SUMBER : HARIAN METRO (KALAM IMAM MUDA)
Subscribe to:
Posts (Atom)