Wednesday, 5 December 2012

4 Rahsia cara Jauh daripada Dosa

Dosa tidak  memilih sasaran, tempat dan masa. Namun, manusia yang sering kali menjadi sasaran dosa, boleh memilih untuk tidak melakukan sesuatu dosa pada masa dan tempatnya . Terdapat empat rahsia utama untuk mengelakkan dan seterusnya meninggalkan dosa yang tidak akan pernah lari daripada manusia :

Rahsia 1 :- Dekat Dengan Al-Quran 

  • Hati yang dekat dengan peringatan dan kalam Allah yang terdapat dalam Al-Quran pasti akan sentiasa beringat sebelum melakukan apa-apa perkara . 
  • Bacaannya bukan hanya alunan dibibir, malah inti sarinya meresap ke dalam jiwa seorang hamba yang sentiasa takut untuk melakukan dosa dan maksiat . 
Rahsia 2 :- Meneladani Orang Soleh 
  • Kisah-kisah kehidupan para nabi, rasul, wali Allah dan orang soleh menjadi tatapan setiap waktu . Kehidupan mereka yang dilimpahkan nikmat dan kurniaan daripada Allah menjadi pendorong untuk meraihnya . 
  • Manakala, dugaan dan cabaran yang Allah timpakan bertindak sebagai pemangkin untuk meneruskan kehidupan didunia tanpa palitan dosa dan maksiat . 
Rahsia 3 :- Ingat Kesan Sampingan Dosa 
  • Sentiasa beringat bahawa balasan dan hukuman daripada Allah akibat dosa yang dilakukan pasti akan diterima . hukuman ini dibayar secara tunai sama ada sejurus selepas dosa tersebut dibuat, pada keesokkan hari, tahun akan mendatang ataupun balasan yang berganda-ganda diakhirat kelak . 
  • Yang pasti, balasan Allah pasti akan ditimpakan kepada mereka yang tidak malu membuat kemungkaran dibumi Allah ini . Hanya orang yang  beringat tentang hukuman buruk yang akan diterima akan meninggalkan perbuatan dosa dalam hidupnya
Rahsia 4 :- Patuh Dan Taat
  • Peringatan tentang halal dan haram sesuatu perkara tersemat rapi dalam genggaman manusia yang mahu dirinya jauh daripada melakukan dosa . Tidak kiralah dosa besar seperti meminum arak, berjudi, berzina, membunuh dan sebagainya ataupun dosa kecil seperti mengumpat, riak, takbur dan lain-lain . 
  • Dirinya juga akan sentiasa berhati-hati dengan segala perkara yang samar-samar antara halal dan haram, dan sudah pastilah keredhaan Allah itu yang terutama bagi dirinya dalam melakukan apa-apa jua perkara

-Sumber dari Majalah Solusi isu no 46-

No comments:

Post a Comment