Wednesday 5 December 2012

Kelebihan Seorang penghafaz Al-Quran

Anak soleh inilah yang menjadi aset dan saham akhirat ibu bapa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara ; sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak soleh yang mendoakannya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Allah s.w.t  melalui kalam RasulNya telah menjanjikan banyak lagi kelebihan kepada mereka yang menghafal Al-Quran . 

1. Orang Istimewa Allah s.w.t
  • Daripada Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud " Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia ."
    Kemudian Anas bertanya : "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?"
    Baginda menjawab: " iaitu ahli al-Quran ( orang yang membaca atau menghafal al-Quran dan mengamalkan isinya ). Merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah ." (Riwayat ibn Majah)
2. Hati Tidak Diseksa 
  • Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : "Bacalah Al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang menghafal al-Quran .  Sesungguhnya al-Quran ini hidangan Allah, sesiapa yang memasukkannya, ia akan aman . Dan sesiapa yang mencintai al-Quran, maka hendaklah ia bergembira ." (Riwayat al-Darimi)
3. Memberi Syafaat kepada Keluarga 
  • Mafhum sabda Rasulluah s.a.w : "Sesiapa membaca Al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka . " (Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa'i)
4. Ibu Bapa Memperoleh Pahala Khas 
  • Kedua-dua orang tua penghafal al-Quran diberi dua helai pakaian baru dan bagus, malah harganya tidak dapat dibayar oleh penghuni dunia keseluruhannya . Kedua-dua orang tua itu kemudian bertanya : "Kenapa kami diberi pakaian sebegini ?" Kemudian dijawab : "Kerana anakmu menghafal al-Quran "
5. Dapat Tingkat Syurga Tertinggi
  • Daripada Aisyah r.ha, Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya : " Jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumpa ayat-ayat Al-Quran . Maka tingkatan syurga yang dimasuki oleh penghafal  al-Quran ialah tingkat yang paling atas, tidak ada tingkat bagi sesudah itu ." (Riwayat al-Baihaqi dan al-Hakim).
-Sumber dari Majalah Solusi Isu no 46-

No comments:

Post a Comment