Thursday 6 December 2012

Ekspo Buku Islam 4

Assalammualaikum w.b.t

Ekspo Buku Islam 4 di Kl sentral telah berlangsung pada 27 oktober sehingga 4 november. Terdapat pelbagai buku-buku islam ada dijual disini dan siap ada diskaun lagi . hehe..

Pada 2 november, dengan secara tidak sengajanya saya telah pergi ke Kl sentral . Niat yang sebenarnya hanya nak pergi ke bank saja . Tetapi pada masa tu terdengar ada orang cakap-cakap then  ada nampak banner pasal Ekspo Buku ini .

Lepas ke bank, terus saya pergi ke booth Ekspo buku ini . Rezeki saya pada masa ni saya dapat berjumpa dengan Sami Yussof. Subhanallah indahnya ciptaan Mu . Tenang bila lihat wajah Sami Yusoff. Beliau datang ke sini sempena pelancaran album beliau yang baru iaitu Album Salaam . Beliau datang ke Kl sentral tidak lama dalam 30 minit macam tu .  Penampilan istimewa daripada pihak penganjur . :)

Then , bila dapat tahu je dari facebook dan Twitter yang Hafiz Hamidun nak turun ke Kl sentral pada hari ahad tu, ha, apa lagi, terus nak pergi ke sana sebab nak jumpa Hafiz Hamidun . hehe :P  Sebaik je tiba kat Kl sentral tu Artis yang saya nampak mula-mula ialah Penulis buku terkenal iaitu Hilal Asyraff . Then, saya nampak pula Irma Hasmie . Subhanallah . Sungguh cantik irma hasmie masa ni . Dengan berbadan dua dan berseri-seri mukanya . Bahagia tengok Irma Hasmie.

Alhamdulilah pada 4 November 2012 yang lalu jugak, rezeki saya untuk kedua kalinya mungkin apabila saya dapat berjumpa dengan hafiz Hamidun lagi . Kali ini dapat berjumpa depan mata . Haha . Kali ni hafiz hamidun datang buat persembahan . Beliau persembahkan 3 buah zikir iaitu Astagfirullah, Alhamdulillah (rasenya kot) dan Law Kana Bainana.  Lepas beliau buat persembahan , beliau spend time dengan peminat-peminat beliau dengan menandatangani Album zikir terapi beliau . Beliau juga memberi ruang kepada para peminatnya untuk bergambar dengan beliau .

Album Zikir Terapi Diri beserta Tandatangan hafiz . Hehe :)



Bila berdiri je sebelah Hafiz Hamidun ni untuk tangkap gambar, Allahuakhbar, jantung tiba-tiba rasa gugup dan berdebar-debar. haha :)  Aura Hafiz Hamidun sungguh kuat . Hafiz hamidun mempunyai satu Aura yang hebat dan kehadiran beliau dalam industri nasyid ini sungguh bermakna .

Semoga Hafiz Hamidun terus berjaya dalam memperjuangkan industri nasyid Malaysia hingga ke Luar negara. Semoga Allah terus memberkati hafiz hamidun dan semoga maju jaya .







No comments:

Post a Comment