Semoga kehidupan kita akan selalu dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t
Thursday, 20 December 2012
Sumayyah Binti Khiyat
Dia adalah salah seorang daripada para wanita yang pertama masuk Islam dan salah seorang dari lapan orang yang menampakkan keIslamannya pada dekad pertama . Pada waktu itu orang-orang Quraisy pasti akan menyeksa setiap orang yang beriman terutama dari golongan orang-orang yang lemah . Bahkan penyeksaan mereka itu dilakukan secara berleluasa, dengan berbagai bentuk dan cara penyeksaan yang mengerikan .
Sumayyah, ibu Ammar bin Yasir ra juga termasuk orang-orang yang mendapat seksaan mereka. Biasanya ketika matahri tepat berada di atas ubun-ubun, hamparan pasir membara kerana panas, maka orang-orang Bani Makhzum keluar menjemput Sumayyah, Ammar anaknya dan Yasir suaminya. Mereka membawa keluarga ini ke tengah padang pasir, memasang baju besi ke tubuh mereka, minumbun tubuh mereka dengan pasir yang panas kerana sengatan matahari dan melempari mereka dengan batu .
Namun Sumayyah tetap kuku, sabar dan teguh dalam keimanan, meskipun menghadapi seksaan seperti itu . Dia tidak mahu menuruti tuntutan mereka untuk kufur setelah beriman .
Jiwa Nabi Muhammad saw terasa pilu dan kasihan terhadap nasib yang menimpa keluarga Yasir, yang terpaksa menerima berbagai bentuk seksaan yang keras. Baginda hanya mampu berkata kepada Sumayyah yang perkataan baginda ini terasa seperti curahan air hujan yang menghidupkan tanah tandus. " bergembiralah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya tempat yang dijanjikan kepada kalian adalah syurga".
Itulah Syurga wahai Sumayyah, yang disana engkau akan meneguk kenikmatan dan kesenangan, siap menyambut kedatanganmu. Itulah syurga wahai keluarga Yasir. Rasulullah telah menyampaikan khabar gembira kepada kamu . Setelah itu semua terasa remeh dan segala seksaan di jalan Allah terasa ringan . Jiwa-jiwa yang telah beriman ini semakin kukuh menghadapi seksaan, kerana mencari keredaan Allah dan rindu akan syurga-Nya.
Abu Jahal semakin naik pitam kerana keteguhan hati wanita ini, kekuatan imannya dan kekukuhannya berpegang kepada akidahnya. Maka dari itu dia pun meningkatkan seksaannya. Sumayyah menoleh untuk melihat tarikan nafas suaminya yang tinggal satu-satu kerana menahan beratnya seksaan . Namun Yasir tetap tersenyum ke arah isterinya Sumayyah, di hujung hayatnya, Dia berkata, " Sesungguhnya aku sedang pergi ke sana wahai Sumayyah . Aku sedang pergi kepada Tuhanku..."
Akhirnya tubuh diam tidak bergerak hingga hari berbangkit. Sumayyah memandang hiba ke arah suaminya, disertai linangan air mata. Dia memandang lagi untuk terakhir kalinya, seraya berbisik, " Kepada rahmat Allah wahai Yasir dan kepada syurga-Nya yang luas terbentang".
Abu Jahal menikmati pemandangan yang memilukan ini dihadapannya. Di kedua matanya memancar kesenangan dan cemuhan. Sumayyah memandang Abu Jahal dengan sikap acuh tak acuh . Sementara itu lidahnya membisikkan beberapa ayat Allah .
Abu Jahal memungut tombak kecilnya, lalu menghalakan ke tubuh Sumayyah yang suci itu . Dalam keadaan seperti itu dia masih sempat untuk berkata kepada anaknya Ammar, " Sampai bertemu lagi di Syurga Allah yang luas wahai anakku..." Abu Jahal telah membunuh Sumayyah kerana dia menolak untuk tunduk kepadanya kecuali kepada Allah semata.
Dada wanita yang mulia ini melepaskan nafasnya yang terakhir. Alam mengulang-ulang bacaan Lailaha ilallah Muhammad Rasulullah, yang menyertai pemergian wanita yang pertama sekali mati syahid di dalam Islam ini .
Labels:
Sirah Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment