Thursday 6 December 2012

Konsert Zikir terapi Diri Hafiz Hamidun

Assalammualaikum w.b.t

Pada 14 November yang lalu, penyanyi nasyid terkemuka iaitu Hafiz Hamidun telah mengadakan Konsert sulung beliau iaitu Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun .  Konsert ini dijalankan pada Malam Awal Muharram yang bertempat di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur .


Tiket konsert yang dijual kepada orang ramai dijual dengan laris.  Alhamdulillah rezeki saya dan kawan saya masih ada apabila kami beli tiket disaat-saat akhir iaitu beberapa hari saja lagi sebelum Konsert ini dijalankan. Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah memberi saya peluang dan ruang untuk menghadiri Konsert Zikir seperti ini buat kali pertamanya . Alhamdulillah, terasa seperti hasrat tertunai buat kesekian kalinya apablia dapat berjumpa dan menghadiri konsert-konsert Hafiz Hamidun .

Inilah Tiket Konsertnya :)

Artis-artis naungan Arteffect international hadir memeriahkan lagi konsert zikir ni . Antara artis yang membuat  persembahan ialah Imam Muda Najdi dengan alunan zikir Tola'al Badru 'Alaina dan Solla'Alaikallah. Kemudian diikuti dengan Alunan zikir oleh Fitri Haris iaitu Subhanallah dan Suara Azan dan nyanyian oleh Izzat Mahadi, Aku tanpa cintamu dan Garisanmu. 

Selepas itu, barulah Hafiz Hamidun muncul dengan zikir  pembukaan iaitu Ya Latif, Astagfirullah, La Hawla Wa La, Taubatan Nasuha, Ya Zaljalal, Subhanallah, Lailaillallah, Hasbi Rabbi, Alhamdulillah , Allah , Law Kana Bainana dan Selawat . 

Penonton dikejutkan dengan kemunculan pengarah muda yang hebat iaitu Syamsul Yusoff bersama sepupu beliau iait Dr Anwar Fazal( Soul and Burn) yang turut mempersembahkan lagu mereka iaitu Ya Rabbi . Sungguh terharu dan tidak menyangka bahawa pengarah berjiwa kental ini akhirnya menitiskan air mata semasa menyanyikan lagu Ya Rabbi . 

Persembahan zikir itu diiringi oleh gemersik biola dan diterangi oleh cahaya lampu yang sangat cantik . 

Hafiz hamidun 

Setiap kali zikir dipersembahkan. Hafiz turut menyelami hati penonton dengan kata-kata yang menyentuh perasaan dan membawa hadirin mendekati Maha Pencipta . Satu kata-kata daripada Hafiz Hamidun yang membuatkan hati saya tersentuh ialah " Orang yang tidak pernah berzikir hatinya keras seperti batu . Apabila dilemparkan dari tempat yang tinggi, batu itu jatuh dan berkecai . Itulah umpama hati orang yang tidak berzikir " Allahuakhbar. 

Masa ini juga, Hafiz Hamidun ada melancarkan Album terbaru beliau iaitu Kasih Padamu (koleksi teristimewa) dan juga Album Izzat Mahadi iaitu GarisanMu.  

 
Inilah Album terbaru Hafiz Hamidun

Antara artis lain yang hadir pada masa ini ialah Iqram Dinzly, Ashraf Muslim dan isteri, Imam Muda Hassan dan isteri, Yatt Hamzah .  Yang pasti, Konsert Zikir ini sangat meriah dan sangat menyentuh kalbu dengan alunan -alunan zikir memuji Allah yang Esa. Allahuakhbar. 

"Konsert ini sebuah konsert yang istimewa. Ia bukan konsert nasyi. d dan ia juga bukan konsert-konsert hiburan yang biasa kita tonton di TV atau secara langsung . Saya menggabungkan tiga elemen istimewa di dalam konsert solo ini iaiti elemen dengar, lihat dan rasa dengan diiringi lapan pemuzik " - Ujar hafiz hamidun-

Pada saya, Hafiz Hamidun telah membawa sinar baru dalam Industri Nasyid . Lagu-lagunya sentiasa mendapat tempat dihati peminat antaranya ialah saya . hehee :)  Saya mendoakan agar Hafiz Hamidun terus berjaya dan terus memperjuangkan irama nasyid dengan ilham-ilham yang baru . Semoga Allah sentiasa memberkati Hafiz Hamidun dan semoga terus berjaya dunia dan akhirat ..


Album Zikir Terapi Diri beserta Tanda tangan Hafiz Hamidun :)



Inilah antara Artis yang membuat persembahan dan Teraju utama ialah Hafiz Hamidun . 



No comments:

Post a Comment