Thursday 20 December 2012

Bertudung Tapi Bogel ?

Kesilapan dalam penutupan aurat wanita hari ini ada sepuluh perkara . Baca dan hayati dibawah ini :-

1.  Aurat itu hanya memakai tudung sahaja .2.  Bertudung, tetapi berkemeja-T lengan pendek . 
3.  Bertudung, tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya. 
4.  Bertudung, tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah
     'menggoda'. 

5.  Bertudung, tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya . 
6.  Bertudung, tetapi hanya memakainya dipejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya . 
7.  Bertudung, tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah bahagian dada daripada
     tertutup.

8. Bertudung, tetapi tudungnya amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk, dan dadanya.      Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat adalah tutup rambut sahaja . Ini tidak tepat sama sekali.
9.  Bertudung, tetapi menaiki motosikal sambil menayangkan betis sepanjang jalan .
10. Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya, tetapi bermanja-manja suaranya berinteraksi dengan 
      lelaki . 


Lantas, ingatlah wahai para wanita !

-Sumber dari majalah Muslimah-

No comments:

Post a Comment