Ibrahim bin adham pernah ditanya penduduk Basrah : "Mengapa keadaan kami tidak berubah? Bukankah Allah berjanji akan mengabulkan doa orang yang berdoa kepadanya?" Beliau menjawab : Ada 10 perkara yang menyebabkan dia tidak diterima, iaitu :-
# Kamu mengenal Tuhan, tetapi kamu tidak memenuhi hak-Nya.
Hak Tuhan ialah kewajipan untuk beribadat dan menunaikan perintah-Nya. Justeru, janganlah berharap orang yang tidak menunaikan perintah Tuhan doanya akan diterima.
# Kamu banyak membaca al-Quran, tetapi kamu tidak mahu mengamalkannya.
Maksud daripada perkataan ini ialah orang terbabit mempunyai pengetahuan mengenai al-Quran, tetapi tidak mengamalkan kandungan didalamnya atau sekiranya mempunyai pengetahuan mengenai al-Quran al-Quran, dia tidak berusaha memahaminya.
Malah, dia memahami suatu kebaikan, tetapi sering meninggalkannya dan memahami adanya larangan tetapi melanggarnya.
# Kamu mengaku mencintai Nabi, tetapi meninggalkan sunnahnya.
Orang terbabit mengaku mencintai Nabi dan menjadikannya sebagai ikutan, namun realitinya selalu meninggalkan sunnahnya, bahkan melanggarnya.
#Kamu mengaku menjadi musuh syaitan, tetapi kamu mengikutinya.
Walaupun mengetahui syaitan itu sentiasa memujuk ke jalan kesesatan, orang terbabit gemar pula dengan jalan berkenaan. Dia mengakui dan menjadikan syaitan sebagai musuh besarnya, tetapi dia belum mampu mengawal nafsunya, malah cenderung mengikutinya.
# Kamu memohon keselamatan daripada seksa api neraka, tetapi kamu memasukkan diri kamu sendiri ke dalamnya.
Sewaktu berdoa dirinya belum disucikan daripada kekotoran batin. Sewaktu berdoa dia membacanya dengan tekun dan khusyuk memohon keselamatan daripada pedihnya azab neraka. Bagaimanapun, da;am kehidupan seharian dia tidak meninggalkan perangai buruk .
# Kamu berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga, tetapi kamu enggan berusaha memasukinya.
Keengganan ini dalam bentuk tidak mahu menempuh jalan yang mampu menghantar mereka ke syurga iaitu melalui jalan kebaikan. Dia tidak mahu menggantikannya sikap buruknya yang menjadi kebiasaan dengan sikap baik.
# Kamu tahu kematian itu benar, tetapi kamu tidak mempersiapkan diri.
Kematian jalan untuk bertemu Tuhan, tetapi mereka tidak mempersiapkan diri untuk tujuan itu.
# Kamu sibuk dengan aib orang lain, tetapi terhadap aib sendiri kamu tidak mahu tahu .
Kegemaran mendedahkan aib orang lain menjadikannya lupa kekurangan diri sendiri. Hal ini mengakibatkan sifat sombong menjadi-jadi. Selama didalam hati seseorang itu ada sifat sombong, meskipun sebesar zarah tidak akan masuk syurga. Begitulah kata-kata Nabi :"Nilai sombong sebesar zarah mampu menggagalkan seseorang untuk masuk syurga. Apa lagi satu doa, sudah tentu ditolak
# Kamu sudah banyak menikmati nikmat Tuhanmu, tetapi kamu tidak mensyukurinya.
Orang terbabit lupa nikmat diberikan Tuhan kepadanya, padahal sudah sekian banyak dikurniakan kepadanya. Tuhan benci orang yang tidak tahu berterima kasih. Justeru, mana mungkin Tuhan akan melihat orang terbabit sewaktu berdoa kepadanya.
# Kamu sering mengebumikan mayat, tetapi tidak pernah mengambil iktibar daripadanya.
Orang terbabit tidak banyak mengambil pengajaran daripada kematian, sehingga kesedarannya terhadap kebaikan tidak muncul. Dia tidak mengubah sikap buruknya.
SUMBER : HARIAN METRO (ADDIN)
No comments:
Post a Comment