Ramai orang ingin menyahut saranan menampung kekurangan amalan dengan melakukan ibadah sunat yang selalu dilaungkan. Alhamdullilah, walaupun sudah penat melakukan pelbagai urusan, masih ada lagi waktu diperuntukkan untuk melakukan amalam sunat . Tahukah anda bahawan bangun pada waktu malam dan melakukan ibadah merupakan amalan yang sentiasa diamalkan Rasulullah? Betapa baginda mencintai qiamullail dan amalan soleh.
Berikut dinyatakan Lima fakta mengenai ibadah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW :-
- Melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki baginda bengkak.
- Baginda akan tidur awal pada waktu malam untuk bangun pada tengah malam bagi menunaikan solat sebanyak 13 rakaat. (Riwayat al-Tirmizi)
- Memulakan solat malam dengan dua rakaat yang ringan.
- Baginda pernah melaksanakan dalam keadaan berdiri dan duduk.
- Istiqamah melakukan solat sunat dua rakaat pada waktu berikut :-
* Sebelum subuh
* Sebelum Zuhur
* Sebelum Asar
* Sebelum Maghrib
* Sebelum Isyak.
Rasulullah melakukan beberapa solat sunat secara rutin. Sebahagian solat tersebut dilakukan dirumah dan sebahagian lagi dimasjid. Namun demikian, tempat yang paling baik untuk melaksanakan solat sunat ialah dirumah sebagaimana yang terdapat dalam hadis baginda, maksudnya :-
" Laksanakan sebahagian solat kalian dirumah . Jangan jadikan rumah kalian sebagai kuburan."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
SUMBER : MAJALAH SOLUSI
No comments:
Post a Comment