Wednesday 9 January 2013

Adab Solat

Solat adalah perintah Allah swt yang paling utama , oleh sebab itu perintah solat disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara langsung tidak melalui perantaraan iaitu ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang melaksanakan israk dan mikraj . Perintah solat berbeza dengan perintah yang lain . Solat beerti doa atau permohonan kepada Allah . Solat menurut istilah adalah perbuatan ibadah yang merupakan ucapan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam .

SYARAT-SYARAT MELAKUKAN SOLAT :-

1. Beragama islam .
2. Baligh dan berakal.
3. Suci dari hadas kecil dan besar.
4. Suci badan, pakaian dan tempat dari najis.
5. Mengetahui mana yang rukun dan mana yang sunat .
6. Menutup aurat .
7. Menghadap kiblat .
8. Masuk waktu solat .

Keterangan :-

Aurat bagi lelaki adalah dari pusat sampai ke lutut sedangkan  aurat perempuan adalah seluruh badannya kecuali muka dan kedua telapak tangan .

PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT :-

Apabila salah satu rukun dan syarat tidak dikerjakan atau ditinggalkan dengan sengaja, maka batallah solatnya ( tidak sah) . Di antara yang membatalkan solat adalah sebagai berikut :-

1.  Berhadas
2. Bercakap-cakap dengan sengaja.
3. Terbuka aurat
4. Bergerak tiga kali berturut-turut .
5. Makan dan minum walaupun sedikit.
6. Terkena najis.
7. Membelakangi kiblat.
8. Tertawa tergelak-gelak.
9. Menambah rukun.
10. Mendahului imam dua rukun (bila menjadi makmum)
11. Berubah niat
12. Melangkah atau memukul dengan sengaja.
13. Murtad ( keluar dari agama islam)

MAKHRUH DALAM SOLAT :-

1. Meletakkan telapak tangan dalam lengan baju ketika takbiratul ihram, rukuk dan sujud.
2. Menutup mulut rapat-rapat .
3. Terbuka kepala.
4. Memejamkan mata.
5. Mendongak ke langit.
6. Meludah
7. Solat diatas kubur.
8. Bercekak pinggang
9. Berpaling ke kiri dan ke kanan.
10. Menahan hadas.
11. Melakukan hal-hal yang mempengaruhi kekhusyukan solat .


No comments:

Post a Comment