Thursday 24 January 2013

Hikmah Disebalik Sunnah

Hikmah Disebalik Sunnah


  • Membasuh tangan
  • Berkhatan
  • Mandi
  • Senyum
  • Sahur
  • Marah

MEMBASUH TANGAN 

Nabi Muhammad bersabda : " Keberkatan makanan itu ialah membasuh tangan sebelumnya dan selepasnya." ( riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

India kini telah mengadakan kempen besar-besaran membasuh tangan apabila negara itu berdepan krisis penyakit sakit perut kerana tabiat rakyat tidak membersihkan tangan sebelum makan. 

Dahulu, masyarakat memperlekehkan amalan ini tetapi dalam ajaran Islam, perbuatan itu sudah dikempen oleh baginda setelah sekian lama, bahkan ia menjadi kebiasaan, seperti mana hadis Rasulullah diriwayatkan oleh Aisyah : " Apabila baginda berwuduk untuk solat dan apabila baginda ingin makan baginda membasuh kedua tangannya terlebih dahulu ."

BERKHATAN 

Rasulullah bersabda : Kesucian ( fitrah) itu ada lima : khatan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memendekkan kumis dan memotong kuku. (riwayat Bukhari Muslim)
Salah satu lima kesucian itu ialah berkhatan. 

MANDI 

Aisyah ra berkata bahawa Rasulullah SAW menerangkan kepada seorang perempuan : Apabila datang haid, hendaklah engkau tinggalkan sembahyang dan apabila haid itu habis tempohnya, hendaklah engkau mandi wajib dan sembahyang seperti sediakala. ( riwayat bukhari)

Islam merupakan salah satu agama yang mendidik umatnya tentangsoal kebersihan lebih-lebih perbuatan mandi sehingga amalam itu dibahagikan kepada mandi sunat dan wajib. Air berfungsi membersihkan kekotoran yang terdapat di bahagian kemaluan dan anggota badan lain. 

Sebelum kedatangan Islam di Eropah, masyarakat tidak mandi. Sebaliknya apabila islam datang, para pemerintah memperkenalkan rumah mandi awam. 

SENYUM

Rasulullah bersabda : " Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, amar makruf nahi mungkar untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (riwayat Tirmidzi dan Abu Dzar)

Seorang sahabat Nabi Muhammad pernah menyatakan bahawa sejak beliau memeluk agama Islam, tidak pernah melihat baginda tidak senyum. Seorang saintis Eropah mengkaji Hadis tersebut dan beliau menyimpulkan bahawa perbuatan senyum boleh menambahkan kesihatan . 

SAHUR 

Rasulullah SAW bersabda : " Makan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailullah ( tidur sekejap) pada siang hari sebelum Zuhur boleh memberi kekuatan untuk qiamullail." (riwayat Ibnu Abbas)

Ramai tidak mengetahui bahawa tidur dalam tempoh 15-20 minit sebelum waktu Zuhur boleh memberi kekuatan tenaga pada waktu petang. Amalan itu dilakukan oleh rakyat sepanyol sebagai ikutan tradisi yang dipanggil sebagai Sistah.
Selain itu, posisi tidur Rasulullah yang mengiring arah kanan boleh menyebabkan jantung berdenyut dengan selesa selain ia baik untuk proses penghadaman dan perjalanan usus. Hal ini menurut kajian oleh saintis barat. 
Berkaitan dengan tidur telungkup pula memberi kesan buruk kepada kesihatan kerana jantung terhempap pada tulang rusuk. Sedangkan tindakan itu telah lama  ditegah berdasarkan sebuah hadis riwayat Abu Daud bermaksud : " Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya sama ada ketika tidur malam ataupun tidur siang. Sesungguhnya posisi tidur telungkup seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai oleh Allah. 

MARAH

Abu Hurairah berkata bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah yang bermaksud: " Berwasiat kepada aku." Maka baginda bersabda : " Jangan kamu marah . " Lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali dalam keadaan marah tetapi Rasulullah mengulangi jangan marah sebanyak tiga kali. 

Saintis Perancis mengkaji bahawa perbuatan marah boleh menyebabkan penyakit jantung. Bahkan jika seseorang sedang menghidap penyakit itu , mereka berisiko menambah kesakitan dialami tersebut jika berterusan bersikap marah . 

Sumber :- Utusan Malaysia 24 Jan 2013



No comments:

Post a Comment