Thursday 24 January 2013

Hijrah seorang Hamba

Assalammualaikum wbt..

Apa khabar sahabat-sahabat ana sekalian ? Harap sahabat sentiasa sihat selalu . Lama sudah tak menulis blog ni atas kekangan masa yang tak dapat dielakkan . Allahuakbar. Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan untuk menulis blog ini .  In shaa Allah jika ada kesempatan lain, ana akan terus menulis untuk blog ini .

Ana ingin kongsikan sedikit kisah hidup seorang Hamba Allah ini .

 Ada seorang Hamba Allah ni, dia yang dulu dan dia yang sekarang adalah orang yang sangat berbeza . Dulu, dia seperti manusia yang lain . Dulu dia seorang yang 'brutal' ... Means brutal ini ialah dia berpakaian macam lelaki . Pakai baju lengan pendek tetapi bertudung .Tidak menutup aurat dengan sempurna.  Tetapi dia ini tahu tentang batasan-batasan agama dalam pergaulan . Dia cukup menjaga batas pergaulan.

Suatu masa dulu, bila dia nampak wanita yang berpakaian lengkap menutup aurat dengan sempurna, terdetik dihatinya, bila dia akan jadi seperti itu?  Menjadi seorang wanita yang menutup auratnya dengan sempurna . Memakai pakaian labuh, tidak ketat, menutup kaki . Allahuakbar. Bilakah masa itu akan tiba pada dirinya? Hatinya bertambah sejuk bila melihat wanita berpurdah . Terdetik jugak dihatinya bila dia akan jadi seperti itu ?

Entah macam mana, pada suatu hari, terdetik dihatinya yang dia ingin menutup auratnya dengan sempurna. Hatinya berbisik, sudah tiba masanya untuk menutup aurat ini . Sampai bila akan terus tidak menutup aurat ?  Allah sudah bukakan sepenuh pintu hatinya untuk menutup aurat . Mungkin hidayah yang dipintanya sudah tiba dan mungkin sudah dimakbulkan oleh Allah .

Hamba Allah ini cuba untuk memperbaiki dirinya perlahan demi perlahan . Bermula dengan memakai baju berlengan panjang dan berstokin . Kemudian pula mula memakai tudung bidang yang besar iaitu bidang 60.
Pada mulanya mungkin baginya agak kekok ... Tetapi lama kelamaan sudah menjadi kebiasaan pada dirinya.

Pada mula dirinya berhijrah menuju jalan Allah, memang orang sekeliling akan bercakap belakang tentang perubahan dirinya . Memang susah untuk terima cemuhan dan kutukan orang-orang sekelilingnya tanpa dia sedar mahupun tidak sedar yang orang sedang memperkatakan tentang perubahan dirinya . Tetapi, Allah itu Maha Adil dan Maha penyayang kan  . Mungkin Allah berikan dia kekuatan untuk terus berubah dijalanNya . Dia dapat hadapi apa yang orang disekelilingnya berkata-kata tentang dirinya .

Alhamdulillah sekarang hamba Allah ini telah berubah. Dia masih mencuba untuk menjadi seorang wanita muslimah dimata Allah . Bila dikenangkan masa lalunya dengan yang telah berubah ini, terasa dirinya sangat tenang dengan perubahan ini .Bila dibandingkan dengan masa lalunya dan sekarang,  terasa diri ini sangat kerdil disisi Allah . Alhamdulillah mungkin dia sudah terima hidayah dari Allah . Moga-moga dirinya terus kekal dengan perubahan menuju jalan Allah dan moga-moga dia terus beristiqamah dalam jalan menujuNya . Semoga Allah meredhai perubahan dirinya. Dia berubah kerana Allah s.w.t ...


Semoga sentiasa beristiqamah dalam jalan menuju Allah .


No comments:

Post a Comment