Monday, 28 January 2013

Furai'ah : Kesabarannya membawa kebahagiaan

KESABARAN FURAI'AH MEMBAWA KEBAHAGIAAN

Permulaan kedatangan Islam ke Madinah telah membuka beberapa pintu hati untuk menerima ajaran suci yang dibawak oleh Nabi Muhammad SAW ini antaranya srikandi Furai'ah Binti Malik Bin Sinan al-Khudriyah. Ayahnya merupakan pejuang Islam yang unggul iaitu Malik bin Sinan.

KISAH KELUARGA .

Malik bin Sinan anak beranak berasal daripada kaum bani Khadrah. Selepas memeluk Islam, mereka tergolong antara orang-orang mulia dalam bani Ansar. Bapa Furai'ah sangat berani untuk berdepan dengan musuh Islam sambil membawa anak lelakinya Abu Sa'id. Namun Rasulullah SAW melarang Abu Sa'id untuk turut serta kerana faktor umurnya yang masih terlalu muda ketika itu, 13 tahun. Sewaktu di medan perang, Malik berasa sungguh sedih dan terluka hatinya apabila melihat tentera Muslimin lari kucar-kacir.  Malik melihat Rasulullah SAW terluka pada wajahnya akibat diserang tentera Musyrikin. Beliau mendekati  baginda lalu menghisap darah yang mengalir pada wajah baginda,kemudian beliau meneruskan perjuangan hingga terbunuh sebagai syahid.

SABAR MENGHADAPI DUGAAN .

Sebaik sahaja mendengar khabar tentang ayahnya, Firai'ah dan Abu Sa'id sangat sedih kerana mereka telah menjadi yatim piatu. Namun, tidak sesekali mereka berputus asa untuk meneruskan kehidupan walaupun ditimpa masalah kebuluran yang melampau.  Mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan. Abu Sa'id mengadu kepada Furai'ah lalu beliau menyuruh adiknya berjumpa dengan Rasulullah untuk meminta sesuatu yang diinginkan. Nescaya baginda tidak akan mengecewakan permintaan umatnya.

Ketika menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi, Abu Sa'id terdengar khutbah Nabi Muhammad yang terus menusuk jiwanya. Baginda telah mengucapkan sesuatu yang tepat dengan keadaannya ketika itu. Baginda dalam ucapannya bersabda : " Sesiapa yang menahan nafsu kerana Allah, nescaya Allah akan mencukupinya dan sesiapa yang meminta kekayaan kerana Allah, nescaya Allah akan memberikannya kekayaan. "

KURNIAAN REZEKI .

Abu Sa'id terus pulang menemui Furai'ah dengan rasa lapar. Furai'ah sangat gembira apabila adiknya membatalkan niat untuk berjumpa baginda sebaik sahaja mendengar khutbah tersebut. Mereka bersabar hinggalah Allah mengurniakan rezeki yang tidak putus-putus sebagai balasan keatas kesabaran mereka ketika ditimpa masalah .

Furai'ah dan saudaranya merupakan pejuang hadis yang unggul hingga menjadi rujukan para fuqaha' di segala penjuru. Ini keraana beliau adalah wanita yang terawal dibiat oleh Rasulullah dan sebaik-baik penghuni dunia.

No comments:

Post a Comment