Thursday 24 January 2013

Mari ikut Cara Nabi Muhammad


Mari ikut Cara Nabi Muhammad 

  • Menggembirakan hati manusia. Dalam satu peristiwa, Rasulullah bertemu seorang kanak-kanak bernama Abu Umair yang bersedih kerana kematian seekor burung peliharannya, lalu baginda menggembirakan Abu Umar. 
  • Bersenda dengan gurauan benar. Para sahabat dalam satu hadis riwayat Tirmidzi mengatakan bahawa Rasulullah selalu bergurau dengan mereka. Tetapi gurauan itu bukan mainan melainkan benar sahaja. 

  • Rasulullah seorang yang romantik. Nabi Muhammad sering berpegang tangan dengan isterinya, antaranya dengan Aisyah ketika dirumah. Sabda baginda, apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan dengan menyelitkan jari jemari mereka, maka dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka. 

  • Mesra dengan kanak-kanak. Rasulullah pernah sujud begitu panjang dalamsolat disebabkan cucu baginda Hasan dan Husin menaiki tengkuk baginda ketika sujud. Sahabat hairan lalu bertanya lalu baginda menjawab, sesungguhnya cucu aku telah menjadikan aku tunggangannya. Aku tidak suka mengganngu sehingga mereka selesai.

  • Sayang isteri. Setiap kali pulang ke rumah, apabila melihat tiada makanan untuk dijamah sambil tersenyum baginda kemudian melipat lengan bajunya untuk membantu isterinya didapur. 

Sayidatina Aisyah menceritakan : " Kalau Nabi berada dirumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan, baginda cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang. "

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu . Tetapi dilihatnya tiada apa-apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana sayidatina Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya ,

" Belum ada sarapan ya khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk sayidatina Aisyah yang bererti 'wahai yang kemerah-merahan')

Aisyah menjawab dengan agak serba salah, " Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, " Kalau begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal diwajahnya.

 Pernah baginda bersabda , " Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."



No comments:

Post a Comment