Assalammualaikum w.b.t.
Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk hidup di bumi Allah yang indah ini . Ana ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada sahabat-sahabat ana ... Banyakkan berselawat kepada Nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W.. Bukan hanya berselawat pada Maulud Nabi je . Malah kita kenalah sentiasa berselawat pada Baginda setiap masa tanda kita memperingati baginda sentiasa.
Marilah kita hidupkan sentiasa Sunnah-sunnah baginda . Jangan kita lenyapkan sunnah baginda. Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata :-
Dari Anas bin Malik ra. Katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku : ' Hai anakku! Jika engkau mempu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula : Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barang siapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barang siapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku didalam syurga ! ' ( Riwayat Tarmidzi)
Dari Ibnu Abbas ra bahawa Nabi SAW yang berkata : " Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid ". (Riwayat Baihaqi). Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra . ada sedikit perbedaan, iaitu katanya : Baginya pahala orang yang mati syahid . ( At-Targhib Wat- Tarhib 1:44)
Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa Nabi SAW telah bersabda : Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zama kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahawa Nabi SAW telah berkata : Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api ( Kanzul Ummal 1: 47)
Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya : Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku ! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi : Barang siapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku .
Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah ra. dari Nabi SAW katanya : Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga !
Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya : Barang siapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku !
No comments:
Post a Comment