Monday, 28 January 2013

Berkasih Sayang Cara Rasulullah SAW

BERKASIH SAYANG CARA RASULULLAH SAW

Tiada contoh yang terbaik buat umat Islam melainkan peribadi Nabi Muhammad SAW . Baginda diutus sebagai utusan Allah yang memiliki beribu kebaikan untuk diikuti. Termasuklah cara baginda meluahkan rasa kasih dan sayang pada umat-umatnya. Kita semua bukan insan sempurna, maka tolak ansur adalah amalan terbaik supaya jalinan kasih sayang yang dibina kekal selamanya.


  • Tertulis dalam sejarah dimana ada seorang wanita tua bukan golongan Islam selalu membaling najis dan meletakkan duri disepanjang jalan yang dilalui Rasulullah. Baginda langsung tidak menghiraukan kelakuan buruk wanita tersebut malah menziarahinya ketika dia uzur. Dia terharu melihat kebaikan baginda lalu memeluk Islam .

  • Ketika berhijrah ke kota Madinah dan memulakan sesi dakwahnya, Rasulullah telah dibalik batu oleh kanak-kanak dan golongan dewasa penduduk kota tersebut. Pernah ia berlaku ketika baginda sedang menunaikan solat, namun baginda langsung tidak memarahi mereka. Malah, baginda berdoa, " Ya Allah, berilahh petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui tentangku."

  • Rasulullah seorang yang baik hati kerana selalu membantu sahabat  dan umatnya tanpa mengira latar belakang mereka. Jika ada sesiapa yang meminta pertolongannya, baginda akan sedaya upaya membantu. Sikap prihatin ini perlu diikuti kerana Rasulullah pernah bersabda " Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, Allah akan tunaikan 70 hajatnya." Wallahua'alm.

  • Suatu ketika dahulu, pernah berlaku dimana seorang Arab Badwi membuang air kecil disatu sudut di dalam masjid. Perkara kotor ini mendatangkan kemarahan sahabat-sahabat Nabi Muhammad. Baginda pula hanya berdiam diri dan tunggu sehingga si polan melunaskan hajatnya. Selepas itu, baginda tidak kekok membasuh najis tersebut lalu memberitahu tentang adab-adab ketika dimasjid kepada si polan tersebut.

  • Perbezaan paling ketara antara kita dan insan terpuji ini ialah baginda selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi mereka yang memerlukan sama ada bertanya khabar ataupun bertanya tentang keperluan mereka. Baginda langsung tidak pilih bulu kerana sentiasa berbual dan makan bersama orang-orang miskin yang melarat. Adakah kita begitu? 

SUMBER : MAJALAH DARA.COM

No comments:

Post a Comment